Kanak-kanak Rumah Destiny terima kejutan hadiah daripada keluarga Azmin

Astro Awani
Disember 23, 2020 13:31 MYT
Senyuman manis 'memenuhi' wajah kanak-kanak di Destiny Children's Homes di Gombak apabila menerima kunjungan daripada tetamu istimewa yang membawa hadiah Krismas. - Gambar Farah Azmin @farahshazliyana
KUALA LUMPUR: Senyuman manis 'memenuhi' wajah kanak-kanak di Destiny Children's Homes di Gombak apabila menerima kunjungan daripada tetamu istimewa yang membawa hadiah Krismas.
Keluarga Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini membuat kunjungan ke pusat jagaan tersebut.
Dalam perkongsiannya di laman sosial, katanya, keluarganya meminta pengurusan pusat jagaan itu untuk menyenaraikan hadiah Krismas yang diingini oleh kanak-kanak di situ.
Melihat senarai itu, setiap seorang keluarga beliau mengambil keputusan untuk membelikan satu hadiah dengan ucapan yang ditulis sendiri.
Pun begitu, Mohamed Azmin tidak dapat menyertai keluarganya untuk bersama-sama dengan mereka.
"Sorry Uncle couldn’t be there today but our family had a lovely time writing xmas cards and getting gifts.
"We hope you and everyone in Rumah Destiny will have a lovely and safe Christmas," katanya dalam hantaran di Facebooknya di sini, pada Rabu.

I received this Christmas card from Esther from Rumah Destiny, the home my children visited yesterday. Thank you so much Esther for writing such a sweet card! Merry Christmas to you and everyone in Rumah Destiny pic.twitter.com/thJJh70oIC

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) December 23, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam hantaran berasingan, Mohamed Azmin turut menzahirkan rasa bangga dengan ahli keluarganya yang mengambil inisiatif itu.
Katanya, dalam kepelbagaian budaya dan sambutan, rakyat Malaysia belajar untuk hidup dalam keadaan yang harmoni.

Christmas is a celebration of togetherness, giving and looking out for one another. In a multiracial society, we learn to live harmoniously in diversity. Thank you Liyana,kids and Inayah for doing this. Im proud of all of you. I hope everyone had a good time#MerryChristmas https://t.co/3Gp0Wep5mn

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) December 23, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri #Azmin Ali #Krismas #kejutan hadiah #Rumah Destiny Children's Homes