KUANTAN: Sebuah rumah musnah 100 peratus dalam satu kejadian kebakaran di Permatang Badak Perdana 2, Kuantan pada sekitar jam 3 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi telah menerima panggilan daripada MERS 999 pada jam 3:15 pagi dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat telah bergegas kelokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, Ismail Abdul Ghani kebakaran melibatkan dua buah rumah mengakibatkan kemusnahan rumah yang pertama 100 peratus dan rumah kedua 90 peratus.

"Seorang kanak kanak lelaki dipercayai umur dalam lingkungan dua tahun telah dijumpai didalam kawasan kebakaran iaitu dalam diruang tamu.

"Kebakaran ini menyebabkan berlaku satu letupan yang sangat kuat yang menyebabkan struktur rumah di kedua-dua buah rumah ini rosak teruk dan menyebabkan dinding dan bumbung rumah runtuh.

Berdsaarkan kepada laporan saksi semasa kebakaran berlaku adanya letupan yang sangat kuat yang boleh didengari sehingga 19 kilometer," katanya.

Terdapat enam mangsa iaitu seorang lelaki yang cedera melecur 50 peratus. Seorang lelaki dewasa cedera ringan.

Dua wanita cedera dan satu bayi perempuan berusia 8 bulan cedera manaklala seorang kanak-kanak lelaki dua tahun meninggal dunia.


Kejadian turut melibatkan 3 buah kenderaan terbakar iaitu satu kenderaan hangus terbakar dan 2 buah
kenderaan mengalami kerosakan teruk.

Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan.