KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Ipoh, di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian jam 2.41 petang itu, mangsa dipercayai ditinggalkan bersendirian di rumah oleh bapanya yang keluar membeli barang, dalam keadaan pintu berkunci.
“Apabila bapa mangsa pulang ke rumah, dia mendapati anaknya telah tiada.
“Mangsa telah ditemui oleh salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat 8 dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Katanya, siasatan lanjut turut mendapati tingkap di bilik mangsa berada dalam keadaan terbuka selain terdapat kerusi berdekatan tingkap.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dan mayatnya dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Hilmi Malik
Tue Nov 16 2021
Siasatan mendapati, mangsa ditinggalkan bersendirian di rumah oleh bapanya dalam keadaan pintu berkunci sewaktu keluar membeli barang. - Gambar hiasan
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Budak maut jatuh bangunan balik kelas mengaji
Ibu mangsa yang hendak menjemputnya pulang menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas jalan raya.
Anak jatuh bangunan ketika keluarga tidur
Bapa kanak-kanak perempuan itu mendakwa hanya menyedari kejadian apabila dimaklumkan oleh pengawal keselamatan yang berada di bawah blok kedai.
Budak 12 tahun jatuh bangunan
Mangsa yang berusia 12 tahun itu telah diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Langkawi.
Kanak-kanak perempuan 4 tahun maut jatuh tingkat 29 kondominium
Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, ketika kejadian, mangsa ditinggalkan bersendirian di rumah oleh bapanya dalam keadaan pintu berkunci sewaktu keluar membeli barang.