Kapal nelayan tiba-tiba terbakar ketika berlabuh

Ridzal Abdullah, Radhi Muslim
Disember 5, 2019 11:30 MYT
Pihak bomba sedang menjalankan usaha memadamkan api. - Foto JBPM
Sebuah kapal nelayan pukat tarik tiba-tiba terbakar di ketika berlabuh di periaran Kampung Pukat, pada Khamis.
Bagaimanapun, tiada sebarang kematian mahupun kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden kira-kira jam 12.10 tengah hari itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyeamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.14 tengah hari lalu menghantar sepasukan 15 anggota bomba dengan dua jentera penyelamat ke lokasi kejadian.
“Apabila tiba, didapati sebuah kapal nelayan pukat tarik yang berada kira-kira 100 meter dari daratan sedang terbakar, lalu usaha memadamkan api segera dijalankan.
“Pasukan bomba memadamkan kebakaran dari jeti dan dari kapal nelayan berdekatan lau api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.26 tengah hari.
“Sebelum kejadian, kapal itu sedang dilabuhkan tanpa ada sesiapa di atas kapal itu namun ia dilaporkan tiba-tiba berapi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, kapal nelayan itu hangus seratus peratus dan punca kejadian sebenar masih dalam siasatan.
#BBP Sandakan #bomba #Kampung Pukat #kapal nelayan pukat tarik #kapal nelayan terbakar #kebakaran #terbakar