Karakter kental Leicester dipuji

Astro Arena
November 27, 2020 01:54 MYT
Pemain Leicester Jonny Evans (kiri) berebut bola dengan pemain Braga Ricardo Horta ketika perlawanan Liga Europa kumpulan G antara SC Braga dan Leicester City di Stadium Municipal di Braga, Portugal, 26 Nov, 2020. (Foto AP)
BRAGA 3 LEICESTER 3
Brendan Rodgers memuji semangat juang Leicester City selepas barisan pemainnya dipaksa bangkit tiga kali untuk mengikat Braga 3-3, sekali gus mengesahkan kemaraan ke peringkat 32 Liga Europa.
Leicester ketinggalan selepas dihukum Al Musrati yang kemudian menyaksikan Harvey Barnes mengimbangi kedudukan sebelum Paulinho kembali meletakkan pelawat di depan dalam pertembungan di Stadium Braga Municipal, awal pagi tadi.
Pertahanan remaja, Luke Thomas, menjadi 2-2 untuk The Foxes, yang memerlukan satu mata untuk layak, tersentak dengan gol serangan balas daripada Fransergio pada minit ke-90.
Begitupun, percaturan memasukkan Jamie Vardy membantu skuad kendalian Rodgers itu meraih satu mata dalam minit kelima masa kecederaan.
Leicester menerajui Kumpulan J dengan tiga mata disusuli Braga dengan dua baki perlawanan peringkat kumpulan, justeru Rodgers berharap dapat mengekalkan kedudukan itu bagi mengelakkan daripada terpaksa berdepan dengan salah sebuah pasukan yang tersingkir dalam Liga Juara-Juara (UCL).
"Kami telah mencapai objektif pertama iaitu memastikan kemaraan," katanya kepada LCFC TV.
"Kami ingin teus maju dan menjuarai kumpulan.
"Ia adalah satu perlawanan yang sangat bagus. Saya fikir dalam babak kedua, kami cemerlang. Kami berjaya bangkit tiga kali.

Coming in clutch pic.twitter.com/B1EOuu179T

— Leicester City (@LCFC) November 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami sama sekali tidak beraksi bagus dalam separuh masa pertama, kami terlalu lembab baik ketika bertahan mahupun menyerang, terlalu statik. Sebab itu pelawat lebih menonjol dalam babak pertama, kemudian kami membuat beberapa perubahan dalam separuh masa kedua.
"Ia memberi dinamik yang berbeza untuk pasukan -- pergerakan dan kepantasan yang lebih baik dalam perlawanan Kami cemerlang dalam babak kedua.
"Dengan itu, kami tersilap langkah ketika memberi tekanan jadi ia memberi mereka peluang tetapi mentaliti telah membantu kami untuk terus maju dan mendapatkan gol penyamaan."
Perlawanan ini bukan sahaja dianggap mustahak bagi menjamin kemaraan mereka lebih awal menjelang jadual padat bulan depan, malah mencerminkan karakter pemainnya selepas tunduk 0-2 kepada Liverpool hujung minggu lalu.
"Kami benar-benar berhak mendapatkannya dan jelas sekali ia satu mata yang amat penting bagi kami. Ia membuktikan bahawa mereka tidak akan pernah mengalah dan itulah yang penting."
#Liga Europa #Brendan Rodgers #Leicester City #Braga