KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menyiapkan kerangka undang-undang perubahan iklim pada Disember tahun lepas yang akan menjadi asas kepada penggubalan Rang Undang-undang Perubahan Iklim negara.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata antara kandungan rang undang-undang itu ialah tadbir urus yang mengandungi peruntukan mengenai kerangka institusi mengenai perubahan iklim negara dan pembentukan sebuah jawatankuasa perubahan iklim.
"Pembentukan jawatankuasa itu bagi memastikan bahawa adaptasi perubahan iklim dapat dilaksanakan bagi mengurangkan impak banjir dan sebagainya.
"Selain itu kandungan rang undang-undang berkenaan adalah mitigasi perubahan iklim dan mekanisme pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang yang kita bina," katanya pada sesi penggulungan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini hari ini.
September lepas, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata kementerian itu sedang merangka peraturan serta akta bagi mengawal perubahan iklim dan pemanasan global yang melanda negara.
PARLIMEN-GULUNG 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Menurut Tuan Ibrahim tindakan itu diambil memandangkan Malaysia belum mempunyai akta seperti itu dan beberapa mekanisme dirancang untuk melaksanakannya.
Terdahulu Dewan Rakyat kecoh seketika semasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menggulung perbahasan mengenai situasi banjir penghujung tahun lepas.
Beberapa Ahli Parlimen daripada blok pembangkang antaranya Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) dan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) bangkit mencelah kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Dr Abd Latiff.
Keadaan menjadi lebih "hangat" apabila Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) bangun membela Dr Abd Latiff dengan lantang berkata Ahli Parlimen blok pembangkang seakan membuli menteri.
"They are bullying the minister. This is not fair (Mereka membuli menteri. Ini tidak adil)," kata Tajuddin sehingga menghalang celahan Hannah Yeoh (PH-Segambut) yang ingin meminta penjelasan mengenai punca kuasa Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Situasi tegang itu, kemudiannya ditenangkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mengarahkan kesemua Ahli Parlimen terlibat duduk dan memberi laluan kepada Dr Abd Latiff meneruskan ucapan penggulungannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Menteri Alam Sekitar dan Air merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berucap pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
KASA tangguh semua proses berkaitan projek naik taraf loji selepas Parlimen dibubarkan
KASA memaklumkan, pihaknya turut menangguhkan pengeluaran Surat Niat, Surat Pelawaan dan Surat Setuju Terima.
Kenapa projek besar KASA diberikan secara rundingan terus? - Soal Rafizi kepada Tuan Ibrahim
Mohd Rafizi Ramli mendakwa terdapat projek yang diberikan kepada syarikat tersebut dibuat selepas Parlimen dibubarkan
KASA sedang baik pulih lebih 400 kilometer paip uzur di Kelantan - Tuan Ibrahim
Daripada jumlah itu sebanyak 106.2 km paip uzur jenis simen asbestos (AC) telah digantikan secara berperingkat.
Hari Alam Sekitar Negara disambut di Kuantan
Pelbagai aktiviti akan dianjurkan pada sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang esok.
YPASM perluas fungsi, dinamakan Yayasan Penyelidikan Antartika, Pelestarian Alam Sultan Mizan
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), yang ditubuhkan 10 tahun lepas, secara rasmi ditukar nama kepada Yayasan Penyelidikan Antartika dan Pelestarian Alam Sultan Mizan selepas diperkena
882 projek hijau bernilai RM3.66 bilion diluluskan pada 2021 - Tuan Ibrahim
Sebanyak 882 projek hijau bernilai RM3.66 bilion dan tujuh perkhidmatan hijau bernilai RM21.9 juta telah diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2021.
Dewan Rakyat lulus RUU Kualiti Alam Sekeliling, denda maksimum naik ke RM10 juta
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022, yang menyaksikan denda maksimum dinaikkan kepada RM10 juta.
KASA serah kepada Kedah ambil tindakan tiga kolam takungan di Gunung Inas
KASA yakin kerajaan negeri memberi perhatian kepada isu itu dan memantau semua projek di Kedah dengan sebaik mungkin.
RUU berkaitan perubahan iklim dijangka dibentang tahun depan - Tuan Ibrahim
Rang undang-undang berkenaan perubahan iklim dijangka akan dimuktamadkan pada hujung tahun ini dan bakal dibentangkan pada persidangan Parlimen tahun depan.
Banjir Baling: KASA tidak tolak kemungkinan berpunca daripada kolam takungan pecah
Keadaan itu diperkukuhkan lagi dengan berlaku peningkatan kadar air antara 0.2 meter dan 3.0 meter di kampung-kampung terlibat.