BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang membongkar kegiatan pengedaran dadah menggunakan syarikat kurier, selepas merampas lebih 18 kilogram (kg) dadah bernilai RM1.8 juta dalam serbuan di Pusat Perniagaan Raja Uda, di sini pada 22 Disember lepas.
Pengarahnya Abdul Halim Ramli berkata, sepasukan pegawai unit narkotik jabatan itu telah membuat pemeriksaan di syarikat kurier tersebut pada 6 petang dan merampas 10 kotak bungkusan yang mengandungi rangka basikal kanak-kanak bersama tayar dan rim.
Beliau berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas 10 kotak bungkusan itu yang melibatkan satu alamat pengirim di Pulau Pinang, iaitu syarikat menjual basikal, untuk dihantar ke negara di Oceania.
"Hasil pemeriksaan awal ke atas satu daripada kotak tersebut menemui bungkusan dadah jenis methamphetamine yang disembunyikan dalam tayar basikal tersebut, dipercayai untuk dieksport ke luar negara dengan menggunakan taktik itu untuk mengaburi pihak berkuasa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya sebanyak 104 bungkusan plastik dadah jenis methamphetamine ditemui dalam 10 kotak berkenaan iaitu keseluruhan dadah yang dirampas sebanyak 18.028 kg bernilai RM1.8 juta
Abdul Halim berkata pihaknya telah merekodkan beberapa keterangan bagi membantu siasatan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat, namun siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan mereka yang terlibat dan mengenal pasti sama ada sindiket tersebut pernah menjalankan kegiatan sama sebelum ini.
"Saya minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan tersebut agar menghubungi pihak kastam bagi bersama-sama membanteras aktiviti ini," katanya dan menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
Unit Narkotik telah merampas 10 kotak bungkusan yang mengandungi rangka basikal kanak-kanak bersama tayar dan rim. - Bernama
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup keluar 111,391 liter petrol ke negara jiran
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Siti Mang berkata kapal kargo berkenaan ditahan di perairan Sandakan pada kira-kira 7.48 malam.
Warga asing didenda seludup minuman beralkohol di Brunei
Pegawai kastam Brunei telah menahan sebuah kenderaan untuk pemeriksaan pada Rabu dan menemukan 192 tin minuman beralkohol.
JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste
Tindakan berterusan akan dilaksanakan bersama agensi terlibat untuk membanteras kemasukan haram e-waste di pelabuhan negara.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia
Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an.
Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan
Srettha akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di wilayah selatan untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan dwikewarganegaraan.
PDRM, polis Thailand buru suspek lepas tembakan terhadap anggota kastam
Ketua Polis Kelantan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci memandangkan ia melibatkan hubungan dua negara.
Pembantu penguasa kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Tertuduh, Solehuddin Isa, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan tidak memeriksa lori milik syarikat itu yang membawa barangan dari kargo KLIA.