Hari Pahlawan disambut setiap 31 Julai bagi memperingati perjuangan para pahlawan negara demi kemakmuran dan kedaulatan negara.

Di media sosial, ramai yang kongsi kata-kata semangat sempena hari untuk memperingati wira-wira yang pernah berjuang untuk negara.

“Hari ni kena ada semangat pahlawan. Tengok sejarah perjuangan orang dahulu,” kongsi Ricky.

Zakaria Daud pula berkongsi: "Jasa dan baktimu semua setiasa kami kenang."







Sempena sambutan Hari Pahlawan yang berlangsung pagi tadi, beberapa ahli kabinet turut kongsi gambar mereka di media sosial.

Antaranya adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim




Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan turut membuat ucapan di Twitter: