KUALA LUMPUR :Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah, berkuat kuasa pukul 12:01 tengah malam esok (3 Oktober) hingga 16 Oktober ini.
Namun demikian, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan perlu termasuk keperluan bekalan makanan, perubatan dan keselamatan adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.
"Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang menjalani atau akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, walau bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa.
PKPDB yang melibatkan 962,661 penduduk di empat daerah itu dijadualkan berakhir pada 12 Oktober ini.
Pelaksanaan PKPDB di kawasan itu adalah bagi membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut.
Sebarang sekatan dan maklumat lanjutan katanya,akan dimaklumkan oleh kerajaan Sabah melalui
Jawatankuasa Bencana Alam COVID-19 Sabah yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri.
PKPP: Ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri pada hari ini
Umavathi Ramayah
Thu Oct 01 2020
Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan perlu termasuk keperluan bekalan makanan, perubatan dan keselamatan adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah. - Gambar fail
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
#DiariLockdown: Bukan semua boleh nikmati penjimatan ketika lockdown
WALAUPUN tidak banyak yang boleh dijimatkan, namun diakui saranan supaya duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian.
COVID-19: Kasino di Genting diarah tutup serta-merta
Ismail Sabri berkata, beliau telah mengeluarkan arahan tutup serta-merta ke atas kasino tersebut pada Jumaat lepas (21 Mei)
Labuan kekal PKPP dengan ubah suai SOP hari raya lebih ketat
MKN Labuan memutuskan untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di kawasan itu.
Langgar SOP: 'Awie sudah bayar denda' - Pengurus
Perkara itu disahkan pengurus penyanyi legenda rock tanah air itu, Mubarak Akhtar.
Awie sedia beri kerjasama pada polis, minta masyarakat jangan cepat menghukum
Beliau bagaimanapun kecewa terhadap segelintir individu yang terus menghukum beliau tanpa mengetahui situasi sebenar kejadian ketika itu.
Trend jenayah menurun, tapi kesalahan seksual kanak-kanak, keganasan rumah tangga meningkat
Peningkatan turut dikesan membabitkan kesalahan bukan fizikal seperti pornografi serta kelucahan audio dan visual.
519 ditahan ingkar PKP, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Sebanyak 275 Sekatan Jalan Raya (SJR) telah dilaksanakan pada 2 Mei 2021.
Kelantan masih PKP, 5 negeri PKPB, 9 negeri PKPP - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kesemua 10 jajahan atau daerah di negeri Kelantan.
Larangan aktiviti riadah, iftar di Dataran Medan Bandar - MBAS
Larangan berkenaan adalah bertujuan mencegah penularan wabak COVID-19 di negeri itu.
Sempadan negara perlu dibuka segera, SOP ketat bantu pulih sektor pelancongan
SOP gelembung pelancongan juga perlu diperincikan dengan lebih jelas kepada pemain industri.