Kawasan Parlimen yang akan ditandingi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumum bulan ini, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin, juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata setakat ini tiga kawasan parlimen sudah disenarai pendek untuk ditandingi Anwar, namun beliau enggan mendedahkan kawasan tersebut.
"Bulan ini umum jika tiada apa-apa, kawasan mana itu tunggu bila umum nanti," katanya ketika ditemui Bernama selepas Taklimat Pemilihan PKR Negeri Melaka 2018 di Ayer Keroh di sini pada Selasa.
Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata tidak akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang dan membayangkan akan membuat penampilan semula di Parlimen pada bulan depan.
Saifuddin berkata anggota PKR diminta memberikan sokongan penuh kepada Anwar setelah pengumuman kawasan parlimen itu dilakukan dan bersama bersatu sebagai sebuah jentera yang kukuh demi kemenangan parti itu.
"Anwar perlu sokongan dan dokongan yang kuat terutama daripada anggota parti untuk menang seterusnya jadi perdana menteri.
"Bagaimana hendak serah jawatan perdana menteri (kepada Anwar) sekiranya partinya kucar kacir dan tidak bersatu. Justeru kita perlu bersama menyokong Anwar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 04 2018
Kawasan Parlimen yang akan ditandingi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumum bulan ini, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. -Astro AWANI
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
EURO4M untuk RON95 ditangguh hingga 2020
-Kerajaan memutuskan pelaksanaan petrol RON95 EURO4M ditangguh dari 1 Oktober 2018 kepada 1 Januari 2020."
Kawasan parlimen ditandingi Anwar diumum bulan ini - Saifuddin Nasution
Kawasan Parlimen yang akan ditandingi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumum bulan ini, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Pemilihan PKR akhir Ogos ini - Saifuddin
PKR akan mengadakan pemilihan parti pada akhir Ogos ini, kata Setiausaha Agung parti Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Penyokong Anwar diminta bersabar, tiada masalah dokumentasi
Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim seluruh negara diharap bersabar susulan penundaan pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Tiada desakan pecat Tan Sri Khalid - Saifuddin Nasution
Saifuddin menjelaskan tidak ada desakan memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mesyuarat MPP yang dipengerusikan oleh Azmin Ali.