Seoul: Pandemik COVID-19 menyebabkan Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan tidak dapat mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia seperti kebiasaan.

Bagaimanapun, Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan telah mengambil pendekatan yang berbeza pada tahun ini bagi meraikan sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Satu program Kayuhan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia diadakan selama lima hari bermula 18 september lalu.

Kayuan sejauh 633 kilometer itu bermula dari bandar Busan pada 18 September lalu, sebelum berakhir di ibu negara Korea, Seoul pada 22 september.

Peserta kayuhan telah dilepaskan oleh Chargé d'Affaires, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.

Sepanjang kayuhan selama 4 hari 3 malam itu, jalur gemilang telah dikibarkan dengan bangganya sepanjang laluan itu oleh peserta-peserta kayuan yang turut menyusuri  4 aliran sungai utama.

Jalur gemilang turut dikibarkan dengan megah di puncak gunung Bakdudaegan Ihwaryeong yang merupakan laluan paling mencabar dengan pendakian sejauh 6km.//

Kayuhan Hari Kemerdekaan dan Kayuhan Hari Malaysia ini telah disertai oleh rakyat Malaysia di Korea Selatan yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan agama yang jelas membawa mesej keluarga Malaysia hasil inspirasi YAB Perdana Menteri.

Ia membabitkan beberapa Pegawai di Kedutaan Besar Malaysia dan rakyat Malaysia di Korea Selatan.

Peserta paling muda menyertai kayuan itu adalah Muhammad Adam Razali yang berusia 13 tahun dari Kuala Lumpur.

Lima peserta adalah dari Perak, iaitu Mohamad Reduan, Derrick Tanggapan, Mohd Syamsyul Arifin Md Daud, Muhamad Shahril Hussin dan Mohd Azhar Zainal serta Colin Ngu dari Sarawak.

Peserta lain adalah Razali Anthuri dari Kuala Lumpur, Syed Abdul Wali Syed Buni Yamin, dari Terengganu dan Mohd Fariq Farhan Ab Ghafar dari Pahang.