Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan penerbitan terhadap 12 buku kerana didapati mengandungi unsur-unsur yang boleh memudarat ketenteraman awam dan moral.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pewartaan perintah larangan itu adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan.
"Menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Pewartaan itu berkuatkuasa pada 6 Jan dan 9 Jan lepas.
Mereka sabit melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.
Buku-buku itu ialah "Akhirnya Ku Temui Kebenaran" karangan Dr Muhammad Al-Tijani Al-Samawi/Terjemahan Kumpulan Pengajian Islam UIA; buku "Agama Politik Nalar Politik Islam (Ahmad Vaezi/Ali Syahab); "99 Wasiat Imam Ja'far Ash-Shadiq Lentera Ilahi" (Imam Ja'far Ash-Shadiq/Rahmani Astuti); "Saling Memberi Saling Menerima" (Sayyid Mahdi As Sadr /Ali Bin Yahya); "Fatwa-Fatwa 2 Soal-Jawab Seputar Muamalah Ahlulbait" (Ayatullah Al-Uzhma Imam Ali Khamenei/Mubsin Labib).
Buku "Teladan Abadi Ja'far Shadiq Sang Mahaguru" (Husain Nahrawi); "Teladan Abadi Hasan Askari Tumpuan Kaum Papa" (M.Ilyas & Hasan Al-Habsyi); "Teladan Abadi Husain Syahid" (Abdullah Beik).
Buku "Fatimah Az-Zahra' & 9 Keturunannya Yang Mulia" (Tarikuddin Bin Haji Hassan); "Imamul Muhtadin 'Ali Bin Abi Thalib" (H.M.H Al-Hamid Al-Husaini); "Meniti Titian Kebenaran" (Khair Izzah); "Memories Of Muhammad: Why The Prophet Matters" (Omid Safi).
Bernama
Tue Feb 04 2014
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
KDN larang penerbitan 12 buku memudaratkan ketenteraman awam dan moral
KDN beri larangan terhadap 12 buku kerana didapati mengandungi unsur-unsur yang boleh memudarat ketenteraman awam dan moral.