Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkemaskan usaha dan melihat semula prosedur standart operasi (SOP) pengurusan pendaftaran isu pemutihan kanak-kanak tanpa negara di Sabah.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu berkenaan sudah berbangkit di Parlimen baru-baru ini, dan pihaknya turut mengambil berat terhadap permasalahan berkenaan dengan melihat memperbaharui SOP sebagai langkah tepat menangani isu itu.
"Kalau seseorang itu memang layak menjadi warganegara dan mematuhi peruntukan undang-undang dan perlembagaan negara, maka ia tidak harus terlalu sukar, proses itu perlu dipermudahkan.
"Saya telah jelaskan, langkah yang sedang kita buat ini untuk melihat semula SOP supaya proses mengeluarkan sijil kewarganegaraan, meluluskan permohonan itu tidak memakan proses bertahun-tahun, yang lepas itu sampai mereka berusia lebih 18 tahun, dia akan ada masalah lain akan timbul.
"Jadi saya harap, SOP ini akan dibentang pada minggu hadapan kepada saya, di mana kita lihat proses itu perlu jelas, antara perkara yang kita harap dan boleh dibuat adalah menjelaskan secara terperinci kepada pihak terbabit yang memerlukan sijil kewarganegaraan apa dokumen mereka harus sediakan," katanya.
Sebelum ini, kabinet telah membuat keputusan untuk memberi kelulusan untuk kanak-kanak warga asing dan tanpa negara yang lahir di negara ini memohon status kewarganegaraan.
Keputusan Kabinet itu adalah berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Malaysia.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, pihak kementerian akan memperluaskan rangkaian untuk melibatkan akar umbi seperti ketua kampung untuk melaporkan isu kelahiran dan kematian di kawasan masing-masing supaya direkodkan.
Jelasnya, sebelum ini sudah berlaku di mana terdapat kelahiran tidak direkodkan atas masalah tertentu sehingga menyukarkan proses pendaftaran kanak-kanak yang terlibat sehingga menjadikan mereka tidak berwarganegara.
"Kesedaran rakyat itu penting, kalau tidak mereka faham mereka harus hubungi ketua-ketua masyarakat dan sebagainya untuk hubungi kita supaya tahu apa yang perlu dilakukan.
"Contoh kalau perlu ada satu operasi khas dibuat untuk mengatasi masalah-masalah disebutkan tadi di tempat itu agak berat, maka kita sediakan satu pasukan untuk membantu supaya isu tempatan itu kita dapat atasi, ini bergantung kepada kerjasama rapat antara pemimpin dengan jabatan dan industri yang ada, jika mereka sedia bantu kuranglah masalah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah, Kota Kinabalu, pada Sabtu.
Muhyiddin yang dalam lawatan kerjanya di Sabah turut berkesempatan mengadakan lawatan ke tapak projek bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di kawasan Kepayan, sebelum mengadakan majlis amanat bersama warga LHDN Sabah, hari yang sama.
Ruzaini Zulkepli
Sat Apr 06 2019
MUHYIDDIN: Kalau seseorang itu memang layak menjadi warganegara dan mematuhi peruntukkan undang-undang dan perlembagaan negara, maka ia tidak harus terlalu sukar, proses itu perlu dipermudahkan. - Foto Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
KDN perkemas SOP pengurusan isu kanak-kanak tanpa warganegara di Sabah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkemaskan usaha dan melihat semula prosedur standart operasi (SOP) pengurusan pendaftaran isu pemutihan kanak-kanak tanpa negara di Sabah.