PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertimbang semula mana-mana warga asing peserta Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) agar mereka yang ingin bermastautin di negara ini berkualiti dan dapat membantu negara dari segi ekonomi.
Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata apa yang diperlukan ialah mereka dapat membantu negara dari segi keseimbangan menjana ekonomi.
"Janganlah hanya melihat dari satu sudut semata-mata bahkan (kita perlu) melihat dari segi masa depan negara. Contohnya sejak 2002, kita tidak tukar dari segi kedudukan atau kriteria dan kita umumkan suatu kriteria yang lebih baik untuk masa depan bersama," katanya dalam sidang media khas selepas memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Dalam Negeri di Kompleks KDN hari ini.
Beliau berkata jika mereka berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan, adalah tidak wajar mereka dibenarkan menyertai MM2H kerana pelbagai subsidi diberikan oleh kerajaan kepada setiap warga asing yang tinggal di negara seperti subsidi minyak petrol, gula dan gas.
Baru-Baru ini, kerajaan bersetuju menetapkan bilangan peserta MM2H kepada satu peratus daripada jumlah penduduk negara.
Hamzah juga berkata, KDN akan mempertimbang permohonan peserta berdaftar dengan MM2H yang telah berada di dalam negara.
"(Setakat ini) mereka yang berdaftar menjadi peserta dalam negara kita hanya 28,249 orang (secara prinsipal) dan tanggungan mereka seramai 28,229 menjadikan (jumlah keseluruhan) 57,478 orang. Daripada jumlah itu, berdasarkan pemerhatian seramai 8,000 orang tidak pernah bermastautin di Malaysia. Dari segi angka secara prinsipal, kira-kira 10,000 sahaja yang membeli aset di dalam negara kita," katanya.
Beliau berkata buat masa ini, jumlah (8,000 orang) itu akan diteliti semula dan berkemungkinan pihaknya akan menghubungi warga asing terbabit untuk bertanyakan niat atau sebab mereka menyertai MM2H sedangkan mereka tidak pernah bermastautin di Malaysia.
Katanya jika memiliki aset atau simpanan yang besar di dalam negara, kedudukan mereka yang menyertai MM2H akan diteliti semula melalui pelbagai peringkat termasuk dari segi umur.
Hamzah berkata pihaknya memahami dan akan mengkaji selain memberi peluang serta ruang kepada golongan berusia melebihi 50 tahun yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua.
"Bagi mereka yang mahu menyertainya, kabinet telah pun meluluskan apa yang telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian beberapa minggu lepas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021
HAMZAH: Janganlah hanya melihat dari satu sudut semata-mata bahkan (kita perlu) melihat dari segi masa depan negara. - Bernama
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
UAE masih bergelut selepas ribut
Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih bergelut dalam proses pemulihan selepas dilanda ribut yang menyebabkan sebahagian besar aktiviti negara terhenti.
Dua kali tolak tawaran, suami isteri sabar menanti untuk ke Baitullah
Pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak sabar untuk menjadi tetamu Allah di Baitullah bagi musim haji 1445H/2024M, lebih-lebih lagi apabila dua kali menolak tawaran diberikan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini.
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar.
Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan pada Sabtu
Giliran bagi delegasi Malaysia ke non violence training dijadualkan pada Sabtu waktu tempatan.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Terhad dan tiada tambah baik bantuan Gaza oleh Israel - PBB
Komitmen Israel untuk meningkatkan akses bantuan di Semenanjung Gaza adalah 'terhad dan kadang-kala tiada'.
Pergerakan terbatas, keluarga terjejas, warga asing kandas, PKP halang gerak bebas
Pelbagai pihak bertanggungjawab masing-masing tidak berkemampuan menyelesaikan kebuntuan akibat penutupan sempadan antarabangsa.