PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan ada menerima laporan berhubung kewujudan kegiatan kartel dalam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membabitkan pegawai pelbagai peringkat.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pembabitan kartel itu bukan sahaja berkaitan urusan kenaikan pangkat dalam jabatan itu malah kartel itu juga dikatakan menggunakan pegawai JIM untuk kepentingan mereka.
Menurutnya, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Jonathan Yasin ada memaklumkan di Sabah terdapat iklan yang menawarkan perkhidmatan pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan ia tidak sepatutnya berlaku kerana JIM tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk sebarang urusan imigresen.
"Siasatan akan dibuat secara telus untuk kenal pasti pegawai yang terbabit dengan kartel dan kalau betul ada, kita akan ambil tindakan terhadap mereka yang salah guna kuasa," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Imigresen Tahun 2021, di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Hamzah berkata ada kartel dengan pembabitan pegawai dalaman membolehkan anggota kartel bebas keluar masuk pejabat jabatan itu termasuk di pintu-pintu masuk negara termasuk di lapangan terbang.
Beliau berkata kewujudan kartel dalam perkhidmatan JIM mencalar reputasi jabatan itu yang sentiasa mendapat ranking terbaik dalam perkhidmatan imigresen di lapangan terbang peringkat antarabangsa, di mana pada tahun ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapat tempat keempat dalam World's Best Airport Immigration Service 2021, oleh Skytrax.
"Kalau kita tekan saja Google, isu imigresen Malaysia, paling utama adalah kes-kes korup dan integriti. Ini adalah sesuatu yang saya minta kepada semua untuk elak perkara ini terus berlaku dan memahami bahawa tanggungjawab kita adalah mempertahankan negara.
"Kalau mereka (kartel) mudah masuk, kalau kita boleh jual apa saja yang ada pada kita dengan mudahnya, maka kita tak jaga kedaulatan negara kita," katanya.
Hamzah berkata penggunaan teknologi tinggi dan aset canggih seperti data raya, digitalisasi, robotik, analisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Internet Kebendaan (IoT) an Kecerdasan buatan (AI) dapat mengurangkan kewujudan kartel atau sindiket yang boleh merosakkan imej imigresen kerana ia dapat mengurangkan urusan yang memerlukan perhubungan terus antara pegawai dan pelanggan imigresen.
--BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Hari Imigresen 2021 di Auditorium Kompleks D hari ini. - Foto BERNAMA
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.
PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.
Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan
Anwar Ibrahim berkata, Hamzah Zainuddin perlu membawa bukti berkaitan ke pihak berkuasa, supaya tuduhan itu disiasat sepenuhnya.
Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.
'Sampai saja Pelangai, saya terus minta Panadol' - Hamzah
Katanya, pengalaman pertama kali jejak kaki di Pelangai dengan keadaan jalan yang pusing-pusing menyebabkannya berasa 'tidak tahan'.
Pertumbuhan ekonomi: 'Tak apalah kalau dia nak menang...' - Anwar perbetul kenyataan Hamzah
Anwar berkata, kenyataan tersebut menunjukkan seolah-olah kedangkalan pengetahuas asas terhadap ekonomi
PRN: Kemenangan besar PN bukti rakyat yakin, mahu perubahan - Hamzah
Kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di Terengganu, Kedah dan Kelantan pada pilihan raya di enam negeri membuktikan rakyat kukuh dan yakin kepada gabungan parti tersebut.