Bersembang bagai dianjung rumah panjang, bersenda bagai saudara berpisah tiada.
Inilah kelebihan pemasaran politik yang diperkenalkan Ketua Menteri Sarawak kelima, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
Persoalannya kini, ke mana arah tuju Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pasca kepimpinan Tok Nan?
Naib Yang Di Pertua PBB, Datuk Talib Zulpilip mengakui, Tok Nan tiada galang ganti.
Tegasnya, walaupun hanya mengemudi bahtera politik Sarawak dalam tempoh singkat, Tok Nan telah meletakkan penanda aras yang tinggi.
Cukup diingati dengan sikap ramah berterus terang, batu asas yang ditinggalkan Tok Nan jadi panduan barisan pengganti.
"Jadi kalau menyanyi mungkin tidak semua (pemimpin) boleh menyanyi dan bergurau (seperti Tok Nan). Cara dia memang mesra, mungkin tidak semua boleh ikut. Tetapi falsafah yang asas seperti pembangunan rakyat itu diberi keutamaan oleh semua pemimpin.
"Seperti kita bina rumah, struktur asas sama, namun hiasannya mungkin tidak sama, pelan sama pelaksanaan sama, pengakhirannya sama. Yang kita perlu struktur asas yang kukuh," kataya ketika ditemubual Astro AWANI tempoh hari.
Ujar ADUN Jepak itu, medan ujian pertama PBB pasca kepimpinan Tok Nan adalah Pilihan Raya Umum (PRU) 14.
Namun, baginya selagi mana pemimpin PBB berpegang kepada prinsip muhibbah, kepercayaan rakyat terhadap tunjang politik Sarawak itu tidak akan terlerai.
"Perasaan muhibbah masih wujud, belum luntur lagi. Siapa sahaja yang mengambil alih boleh menggunakan perasaan muhibah itu.
"Ia masih belum luntur dan InsyaAllah boleh digunakan sebab ia masih relevan dan masih menguntungkan keputusan pilihan raya asalkan jangan berdalih," ujarnya.
Beliau yang juga menteri muda Sarawak yakin semangat setia dan jiwa besar pemimpin PBB bakal meneruskan kelangsungan kekuatan parti.
Malah, legasi dan aspirasi Tok Nan akan diteruskan sahabat karibnya yang juga orang kuat 'Team Adenan', Datuk Abang johari Tun Abang Openg.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Jan 16 2017
Selagi mana pemimpin PBB berpegang kepada prinsip muhibbah, kepercayaan rakyat terhadap tunjang politik Sarawak itu tidak akan terlerai. - Gambar fail Bernama
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Ke mana arah tuju PBB dan BN Sarawak pasca Tok Nan?
Walaupun hanya mengemudi bahtera politik Sarawak dalam tempoh singkat, Tok Nan telah meletakkan penanda aras yang tinggi.