Banjir: Hilir Perak catat jumlah mangsa tertinggi, pusat pemindahan di Selangor berkurangan
MALAYSIA

Keadaan banjir tidak banyak berubah di Terengganu

Astro Awani 30/11/2017 | 00:49 MYT
Seorang lelaki leka mendayung sampan ketika banjir melanda di sekitar Kampung Bukit Tadok. - Foto BERNAMA
Keadaan banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan 1,073 mangsa masih berada di pusat pemindahan berbanding 1,169 pada Rabu.

Sehingga ‪jam 7 pagi, tujuh daripada 35 pusat pemindahan ditutup secara berperingkat.

284 keluarga dari enam daerah masih ditempatkan di 28 pusat perpindahan sementara.

Daerah Besut masih mencatatkan mangsa paling tinggi membabitkan 889 orang diikuti dengan Kuala Terengganu, Marang, Setiu, Kuala Nerus dan Dungun.

#banjir #Besut #Dungun #Kuala Nerus #Kuala Terengganu #Marang #pusat pemindahan #Setiu #terengganu