Keanggotaan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam UMNO secara automatik terlucut jika menjadi calon bebas dan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata perkara itu termaktub pada perlembagaan parti dan terpakai kepada semua anggota tanpa mengira jawatan.
"Mana-mana anggota yang menjadi calon bebas, secara automatik terlucut keanggotaannya. Ia memang sudah ada dalam perlembagaan parti.
"Kita ucapkan selamat berjaya kepada Tan Sri Isa jika benar-benar beliau hendak bertanding sebagai calon bebas di Port Dickson nanti," katanya kepada pemberita di Menara Dato Onn, malam ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Mohd Isa yang dilapor akan bertanding atas tiket bebas dalam PRK itu nanti.
Mohd Sharkar berkata, bagaimanapun, sebarang tindakan disiplin termasuk pemecatan Mohd Isa bergantung kepada pucuk pimpinan dan Lembaga Disiplin parti.
Terdahulu, Mohd Isa memutuskan untuk bertanding atas tiket bebas selepas BN sebulat suara memboikot PRK berkenaan dengan tidak meletakkan calon.
Penyandang Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson pada 12 Sept lepas untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR bertanding dan kembali ke Parlimen.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon dan 13 Okt sebagai hari mengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 27 2018
Tindakan tersebut adalah susulan Isa mengumumkan dirinya bakal bertanding di PRK Port Dickson atas tiket bebas. - Gambar fail
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Keanggotaan Mohd Isa dalam UMNO lucut secara automatik
Anggota MKT Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata perkara itu termaktub pada perlembagaan parti dan terpakai kepada semua anggota tanpa mengira jawatan.