Kebebasan Anwar curi tumpuan media antarabangsa

Nursyazwani Saiful Sham
Mei 16, 2018 02:00 MYT
Wakil media menunggu di perkarangan Hospital Rehabilitasi Cheras pagi ini. - Astro AWANI
Pasti ramai rakyat Malaysia yang menantikan saat ini, saat pemimpin yang disanjung tinggi akhirnya dibebaskan daripada hukuman penjara.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun pada Februari 2015, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.
Detik bersejarah buat Malaysia ini turut mencuri tumpuan media yang pada pagi ini setia menunggu untuk membawakan berita terkini dari Hospital Rehabilitasi Cheras di mana Anwar sedang menerima rawatan.
Bukan hanya media tempatan, malah wakil media antarabangsa turut diterbangkan dari seluruh dunia untuk membuat liputan momen bersejarah ini.

Inilah harinya! Kami akan bawakan perkembangan terkini kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim @501Awani#MalaysiaMemilih#PilihanMalaysia pic.twitter.com/9qyLjbv2i1

— syaz (@ssnsyzwani) May 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kami setia menunggu untuk berikan yang terbaik buat anda!@501Awani#PilihanMalaysia#MalaysiaMemilih pic.twitter.com/c7N3jGTeFZ

— syaz (@ssnsyzwani) May 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga agensi media antarabangsa yang sudah lama tiba sejak bermulanya musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berakhir baru-baru ini.
Anwar ketika ini masih meneruskan rawatan fisioterapi bagi bahu kanannya di hospital tersebut, setelah menjalani pembedahan November lalu.

Today might be the day that Pakatan Harapan de facto leader DS @AnwarIbrahim finally be freed. Dikhabarkan beliau akan tiba di Istana Negara bagi mengadap YDP Agong bila-bila masa dari sekarang Terus ikuti @501Awani untuk perkembangan lanjut. #MalaysiaBaharu pic.twitter.com/W1YMVvMFKM

— F.A Awani (@FirdausAzil) May 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Media dimaklumkan sejurus DS @AnwarIbrahim dibebaskan, beliau tidak akan datang ke Istana Negara, sebaliknya akan terus ke kediaman beliau di Segambut. @501Awani

— F.A Awani (@FirdausAzil) May 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anwar mengalami kecederaan kecil di bahunya selepas kenderaan Jabatan Penjara yang membawanya pulang ke Penjara Sungai Buloh terlibat dalam kemalangan jalan raya September lalu.
#antarabangsa #Anwar Ibrahim #Bebas #Media #penjara