Ketelusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangi rasuah dan salah guna kuasa tanpa terbatas kepada elemen politik akan mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, langkah rakyat sentiasa menyokong usaha dan kebertanggungjawaban SPRM memerangi rasuah di negara ini, jelas mencerminkan kerajaan tidak bertolak ansur dengan gejala tersebut.
"SPRM dan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai 'amat berani' dalam usaha memerangi gejala rasuah di negara ini secara habis-habisan.
"Pujian sewajarnya diberikan kepada SPRM dan Dzulkifli, satu tindakan berani yang tidak terbatas kerana elemen politik, ketelusannya membawa kepercayaan rakyat bahawa tiada istilah jerung dan ikan bilis," tegasnya dalam catalan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: SPRM akan keluar ranking kementerian dari segi rasuah
BACA: Kompleks Ibu Pejabat SPRM bukti kesungguhan kerajaan perangi rasuah - PM Najib
Katanya, tindakan berani dan kecekapan SPRM menghidu dan mengheret pelaku rasuah dan penyalahgunaan kuasa walaupun membabitkan pemimpin politik sebagai sesuatu yang membanggakan.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menyelar sesetengah pihak membuat tuduhan liar kononnya tindakan SPRM sejak akhir-akhir ini sebagai 'wayang' sebagai tidak berasas sama sekali.
"SPRM tidak membudayakan amalan pilih bulu atau pertuduhan terpilih kerana yang dicekup membabitkan pelbagai pihak termasuk pemimpin politik sama daripada parti pemerintah mahupun pembangkang.
"Hari ini, terbukti SPRM dan Dzulkifli begitu komited memerangi dan menghapus gejala rasuah disetiap peringkat dan rakyat sememangnya menyokong usaha tersebut," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Dzulkifli bahawa SPRM akan mengumumkan ranking kementerian berdasarkan kedudukan isu rasuah dan salah guna kuasa pada hujung tahun ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM itu memberitahu, ranking itu merangkumi senarai 10 kementerian paling bermasalah serta lima paling bersih dalam soal rasuah dan salah guna kuasa.
Tegas Dzulkifli, senarai itu merupakan mekanisme baharu dalam usaha memberi tanggungjawab kepada kementerian untuk memastikan mereka tidak berada di kedudukan 10 paling bermasalah.
Mengalu-alukan langkah tersebut, Syed Ali menambah usaha SPRM itu akan memberi kesedaran kepada setiap kementerian untuk meningkatkan tahap urustadbir dan profesionalisma yang lebih tinggi.
"Saya semestinya menyokong penuh tindakan SPRM dan Dzulkifli yang begitu komited membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa, termasuk diperingkat kementeriaan dan agensi kerajaan.
"Rakyat mengharapkan sebuah pentadbiran yang cekap dan telus dalam memberikan perkhidmatan terbaik di samping merangsang usaha memacu pembangunan negara," ujarnya.
Syed Ali mengingatkan, negara bakal berdepan dengan kehancuran dan kehidupan rakyat berada dalam kecelaruan jika gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa menjadi sebahagian daripada budaya hidup.
"Apa yang dilakukan oleh SPRM dan perhatian khusus kepada setiap kementerian akan menjamin ketelusan dalam perkidmatan awam," jelasnya.
Astro Awani
Sun Oct 15 2017
SYED ALI: SPRM tidak membudayakan amalan pilih bulu atau pertuduhan terpilih kerana yang dicekup membabitkan pelbagai pihak. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor?
Tan Sri Dzulkifli Ahmad dikhabarkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dzulkifli Ahmad tidak tolak kemungkinan sertai parti politik
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad tidak menolak kemungkinan menyertai mana-mana parti politik.
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak tolak bertanding PRU15
Jika rakyat Tasek Gelugor mahu beliau bertanding, Dzulkifli bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
Perbicaraan SRC: Wang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bawa maksud kesalahan - Saksi
Saksi memberitahu, wang yang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bermaksud satu kesalahan, jika dia tidak mengetahui mengenainya.
Pendedahan audio: Latheefa gembira dengan komitmen pihak polis
Latheefa Koya harap polis percepatkan siasatan berhubung rakaman audio yang dipercayai membabitkan beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara Najib Razak dan Rosmah Mansor berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh SPRM.
SPRM dedahkan 9 rakaman audio 'mengejutkan' tentang dakwaan konspirasi
Klip audio berkaitan perbualan melibatkan isteri Najb, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.
9 rakaman dakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi didedah oleh SPRM
SPRM dedah sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.
Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun
SPRM menjangkakan kertas siasatan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Peguam Negara.