Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran, berkata kementerian akan mengurangkan kebergantungan terhadap pihak orang tengah seperti syarikat konsesi My E.G. Services Berhad (MyEG) dalam mengendalikan pengambilan buruh asing kerana dilihat tidak relevan.
"Kerajaan mengambil langkah ini bukan sahaja terhadap MyEG tetapi juga organisasi orang tengah yang lain.
"Semua organisasi ini tidak perlu kerana sudah ada kerajaan, kenapa perlu ada organisasi yang memainkan peranan kerajaan.
"Terdapat kakitangan kerajaan yang mencukupi untuk mengendalikan perkara ini. Itu yang kami dapat lihat dari segi gambaran yang lebih besar, itulah apa yang kami mahu capai. Kami akan rumuskan dasar formatif dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan cek bagi dana Tabung Harapan Malaysia oleh Malaysian Indian Metal Traders and Recyclers Association berjumlah RM50,000. Jumlah sumbangan Tabung Harapan Malaysia setakat 3 petang Rabu adalah RM89 juta.
Sementara itu Kula Segaran berkata, Malaysia sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Singapura untuk berkongsi kaedah terbaik pengurusan buruh asing yang boleh digunakan di negara ini.
Katanya mekanisme yang dilaksanakan di negara jiran itu akan dapat mengatasi isu buruh asing di negara ini seperti pekerja asing lari kepada majikan lain atau melarikan diri.
"Kita ada atase di Suruhanjaya Tinggi di Singapura dan kita sedang dalam perbincangan mengenai beberapa perkara yang boleh diguna pakai.
"Ia bagi mengelakkan pekerja asing lari kepada majikan lain atau melarikan diri serta ejen yang membawa masuk pekerja asing ke negara ini bagi tujuan perniagaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 20 2018
KULA SEGARAN: Semua organisasi ini tidak perlu kerana sudah ada kerajaan, kenapa perlu ada organisasi yang memainkan peranan kerajaan. - Foto fail
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Dakwaan 'pengundi hantu': Konvensyen DAP Perak kecoh
Kekecohan berlaku sejurus berakhir ucapan alu-aluan daripada Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Amanah, DAP tolak sebarang perjanjian selain parti Pakatan Harapan Plus
Amanah dan DAP menegaskan akan menolak sebarang cubaan untuk membuat perjanjian dengan mana-mana pihak selain daripada parti asal Pakatan Harapan Plus.
Peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak binaan diperluas
M Kula Segaran berkata, mengikut peraturan sedia ada keselamatan dan kesihatan pekerja, dibebankan sepenuhnya kepada pihak kontraktor.
Kepatuhan gaji minimum diketahui akhir Februari - Kula Segaran
Kepatuhan pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,200 sebulan hanya akan diketahui pada akhir Februari ini, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.
Tuduhan terhadap Bestinet tidak ada asas - Kula Segaran
Kula berkata setelah siasatan dibuat, didapati tuduhan yang dibuat sebelun ini terhadap syarikat tersebut adalah tidak tepat.
Tiada keperluan tingkat umur persaraan - Kula
Menteri Sumber Manusia (KSM), M. Kula Segaran berkata pelbagai perkara perlu diperhalusi dan diambil kira oleh Kerajaan sebelum umur persaraan ditingkatkan.
MTUC harap rundingan telus pindaan akta perburuhan
J Solomon berkata mesyuarat kali kedua itu memerlukan perbincangan terperinci memandangkan terdapat cadangan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Kerja 1955 memerlukan kajian menyeluruh.
Kementerian Sumber Manusia sedia ambil alih proses kemasukan pekerja asing - Kula Segaran
Pihaknya menyerahkan kepada kabinet untuk membuat sebarang keputusan berhubung cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Graduan pilih kerja antara punca 600,000 peluang pekerjaan tidak diisi
Ia turut disumbang oleh kurangnya sambutan terutama dalam kalangan golongan muda, terhadap lambakan peluang pekerjaaan yang ditawarkan.
640,000 pekerjaan tersedia, tetapi tiada yang minat - Kula Segaran
Peluang pekerjaan tersebut bukan sahaja meliputi sektor 3D iaitu sukar, kotor dan berbahaya, malah merangkumi pengurusan, profesional serta juruteknik dan profesional bersekutu.