ALOR SETAR: Langkah kerajaan negeri memperkenalkan Permit Pembinaan Ekspres atau E10 adalah faktor utama menjadikan Kedah sebagai negeri tertinggi menerima pelaburan di Malaysia antara Januari hingga September tahun ini.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, permit itu ternyata memberi manfaat kepada pelabur terutamanya dari aspek kepantasan proses bagi membenarkan mereka beroperasi dalam tempoh 10 bulan sahaja.
Beliau berkata, berbanding sebelum ini, dianggarkan sekitar tiga hingga empat tahun masa diambil untuk proses kelulusan operasi diberikan kepada pelabur.
Selain itu, Muhammad Sanusi berkata, banyak faktor lain yang turut mempengaruhi pelaburan di Kedah antaranya adalah disebabkan kestabilan politik disamping lokasi yang strategik.
“Pertama kestabilan (politik), yang kedua lokasi (strategik) dan yang ketiga kepantasan agensi kita (membuatkan pelabur) teruja. (Sekarang) 10 bulan dah boleh operasi, kalau dulu empat tahun, tiga tahun…. pergi tempat lain (proses lambat) dan tanah mahal (sedangkan) kita tanah murah, proses kita cepat (sebab) itulah orang (pelabur) datang,” kata Muhammad Sanusi.
Menteri Besar berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelepasan Misi Bantuan 300 sukarelawan Kedah ke Selangor di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Syed Shaharuddin Syed Abdullah dan Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bahawa Kedah sebagai negeri yang menerima pelaburan tertinggi di Malaysia antara Januari hingga September 2021 dengan nilai keseluruhan RM57.1 bilion.
Kedudukan itu jauh meninggalkan Sarawak di kedudukan kedua dengan nilai pelaburan RM23.9 bilion diikuti Kuala Lumpur, RM22.5 bilion.
Kejayaan ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di Kedah sekali gus membawa kepada limpahan nikmat ekonomi di negeri ini.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang banyak membantu terutamanya menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan MIDA berhubung aspek pelaburan di Kedah.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Dec 25 2021
Muhammad Sanusi berkata, banyak faktor lain yang turut mempengaruhi pelaburan di Kedah antaranya adalah disebabkan kestabilan politik disamping lokasi yang strategik. - Gambar Astro AWANI
Niaga AWANI: Harga bahan api: Mekanisme sesuai dilaksana, dorong guna tenaga lebih cekap
Bagi menyambut usaha tindakan perubahan iklim global, Malaysia menyasarkan untuk mencapai keseimbangan melalui pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api yang bersesuaian dalam mendorong kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada RE; tetapi pada masa yang sama mengambil kira impak sosioekonomi terhadap rakyatnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Air terjun Titi Hayun kering-kontang
Ini menyebabkan kawasan peranginan Titi Hayun semakin hilang seri apabila tiada lagi kedengaran bunyi deruan air terjun seperti biasa.
Kedah, KL City nampak bersungguh-sungguh selesai isu tunggakan gaji - MFL
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak menafikan keperluan Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City untuk terus berada dalam saingan Liga Super 2024-25.
Kedah semak semula hierarki Mahkamah Syariah
Kerajaan Kedah akan menyemak semula sistem hierarki Mahkamah Syariah di negeri ini daripada tiga peringkat hierarki kepada empat peringkat.
Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC
Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
Cuaca panas: Enam daerah di Kedah pada tahap berjaga-jaga
Enam daerah di Kedah berada dalam tahap satu iaitu berjaga-jaga menerusi status cuaca panas setakat jam 4.30 petang pada Ahad.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
Empat syarikat China tunjuk minat melabur di Kedah - Exco
Beliau berkata kerajaan negeri Kedah telah mengadakan rundingan dengan empat syarikat terbabit dalam misi pelaburan ke China.
Sanusi patut fokus majukan Kedah bukan 'Langkah Dubai' - Anthony Loke
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya mengambil langkah memajukan negeri ditadbirnya dan bukan mengambil 'Langkah Dubai' untuk menjatuhkan kerajaan.
Amirbek ucap selamat tinggal kepada penyokong Kedah
Jeneral padang berusia 27 tahun yang beraksi cemerlang dalam 23 perlawanan musim ini mengakui sukar untuk berpisah dengan Sang Kenari.