ALOR SETAR: Pasukan Kedah tidak terkesan dengan kepulangan semula Syafiq Ahmad ke kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana masih mempunyai pemain lain yang berkualiti dalam Kedah Darul Aman FC (KDA FC).
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata dia juga yakin negeri ini mampu melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti pada masa hadapan.
"Sekarang kita tengah buat Liga Menteri Besar di seluruh Kedah dan beratus-ratus pemain akan dilahirkan menerusi liga ini, jadi saya sedikit pun tidak risau tentang pemain. Kalau tengok, ramai anak Kedah yang dicungkil, dilatih di Kedah lepas itu dieksport ke negeri lain.
"Saya tidak takut dengan ketiadaan dia (Syafiq) kerana kita ini macam ada kilang yang melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berkualiti. Pasukan Selatan sendiri ambil dua, tiga orang pemain Kedah jadi apa nak hairan," katanya kepada pemberita, di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa tindakannya mengeluarkan kenyataan berkaitan isu 'tokong' menyebabkan JDT memanggil Syafiq untuk kembali menyertai pasukan Harimau Selatan.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata KDA FC akan mencari pemain yang lebih baik dan berkualiti pada musim perpindahan ini bagi memastikan pasukan itu dapat bersaing dalam perlawanan akan datang dengan lebih mantap.
"Ada yang suruh beli Syafiq terus tetapi tidak perlu kerana banyak lagi pemain yang kita ada. Hujung bulan nanti akan ada musim perpindahan, jadi akan ada proses ganti pemain dan kita akan cari yang bagus-bagus.
"Lagi satu, kenapa hendak salahkan saya Syafiq dipanggil semula ke JDT. Dalam perjanjian pinjaman, pasukan asal memang boleh ambil semula pemain pinjaman pada bila-bila masa dan tiada siapa yang boleh halang," katanya.
Tambahnya, mengenai isu 'tokong' yang dinyatakannya sebelum ini, Muhammad Sanusi berkata dia sama sekali tidak menyebut nama mana-mana pihak dan berasa hairan mengapa ada pihak yang terasa.
Sebelum ini, pasukan JDT dalam satu kenyataan di media sosial miliknya memaklumkan bahawa penyerang kebangsaan itu akan kembali ke kelab asalnya sejurus berakhir rehat antarabangsa bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Pasukan JDT dalam satu kenyataan sebelum ini menyatakan, Syafiq (gambar) akan kembali ke kelab asalnya sejurus berakhir rehat antarabangsa bulan depan. -Facebook/Kedah Darul Aman FC
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
TMJ pelawa Figo ke JB soal pembangunan bola sepak negara
Tunku Ismail meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Matyo sudah gantung but?
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan sama ada dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.
Pra-musim: JDT tampil segak, seragam bertolak ke Sepanyol
Johor Darul Ta'zim (JDT) menuju ke Sepanyol untuk persiapan akhir sempena menghadapi kempen Liga Malaysia, bulan depan.
Pecahkan dominasi JDT musim ini - Azman Adnan
Sudah tiba masanya pencabar lain mengembangkan sayap dan memecah dominasi mahkota kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.
JDT menang bergaya dengan jersi baharu
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) cemerlang mengatasi pasukan dari Singapura, Lion City Sailors, 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim.
Penjaga gol 'bertopeng' JDT cetus tanda tanya
Johor Darul Ta'zim (JDT) menampilkan kelainan ketika memperkenalkan jersi baharu bagi barisan penjaga gol menjelang musim baharu Liga Super.
JDT perkenal jersi ketiga
Johor Darul Ta'zim (JDT) baru sahaja memperkenalkan jersi ketiga yang akan digunakan untuk musim 2024/25.