Kedutaan untuk Palestin yang ditempatkan di Jordan bakal dibuka dalam masa terdekat.
Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, keputusan untuk membuka kedutaan tersebut yang ditauliahkan untuk Palestin bukan semata-mata kerana rakyat negara itu beragama Islam.
Sebaliknya, tegas Dr Mahathir, Malaysia sentiasa menyokong perjuangan Palestin, dan apa yang berlaku ke atas Palestin adalah tidak adil.
"Ketiadakadilan yang dilakukan terhadap orang Palestin dengan merampas tanah mereka, dan memberikan Israel bantuan supaya Israel dapat mempertahankan daripada usaha untuk mendapatkan balik (tanah) Palestin.
"Semua itu adalah ketidakadilan yang perlu kita buat supaya seluruh dunia sedar bahawa ini merupakan masalah ketidakadilan," katanya dalam sidang media bersama media Malaysia, di sini, pada Sabtu.
Justeru itu, Dr Mahathir menambah usaha membuka kedutaan untuk Palestin adalah sebagai langkah berterusan Malaysia dalam memberikan sokongan dan bantuan, selain membela hak rakyat negara itu yang ditindas.
"Jadi kita dapati bahawa kuasa-kuasa besar menyokong perbuatan yang melanggar undang-undang antarabangsa yang dilakukan Israel.
"Ini menyedihkan kerana mereka bercakap berkenaan keadilan, rule of law, tetapi apabila Israel membuat salah, mereka terus menyokong Israel.
"Kita mahu ramai yang menyuarakan supaya dunia akan sedar akan ketidakadilan yang telah dilakukan ke atas rakyat Palestin," katanya.
Terdahulu, Dr Mahathir dalam ucap tama pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18 memaklumkan bahawa Malaysia akan membuka kedutaan untuk Palestin bagi menyalurkan bantuan kepada negara itu.
Beliau dalam ucap tama tersebut antaranya menyifatkan komuniti antarabangsa dilihat hanya berpeluk tubuh dan tidak melakukan apa-apa terhadap nasib rakyat Palestin.
Hasimi Muhamad
Sat Oct 26 2019
DR MAHATHIR: Kita mahu ramai yang menyuarakan supaya dunia akan sedar akan ketidakadilan yang telah dilakukan ke atas rakyat Palestin. -Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Negara-negara Arab sambut baik perkembangan di Syria selepas Assad digulingkan
Beberapa negara Arab menyambut baik perkembangan terkini di Syria yang menyaksikan tampuk pimpinan Bashar al-Assad digulingkan.
Palestin, Jordan kecam seruan Menteri Israel luaskan kedaulatan di Tebing Barat
Kedua-dua negara memberi amaran bahawa rancangan itu boleh mencetuskan "peperangan besar di rantau ini".
Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Anwar di tempat ke-15 dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai di tempat ke-15 dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia.
Jordan atasi Palestin, kutip tiga mata pertama kempen kelayakan Piala Dunia 2026
Penyerang Yazan Al-Naimat muncul wira skuad The Chivalrous Ones itu selepas meledak dua gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua.
Penduduk Jordan beri penghormatan kepada penyerang bunuh tiga warga Israel
Ratusan penduduk Jordan beri penghormatan kepada warga Jordan yang terbunuh selepas membunuh tiga orang awam Israel di Tebing Barat yang diduduki.
Jordan sambut baik keputusan UK gantung sebahagian eksport senjata ke Israel
Jordan sifatkan keputusan Britain gantung lesen eksport senjata ke Israel langkah penting dalam usaha melindungi nyawa orang awam.
Jordan catat kes mpox pertama tahun ini
Kementerian Kesihatan Jordan mengumumkan pada Isnin bahawa negara itu mencatatkan kes pertama mpox pada tahun ini.
Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota D-8 meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.