Kejutan emas Aznil untuk kontinjen negara

Astro Arena
April 5, 2018 12:45 MYT
Aznil memberi kejutan emas buat negara dalam acara yang diwakilinya. Gambar adalah aksinya semasa Sukan SEA Kuala Lumpur yang lalu. - Gambar fail
Skuad angkat berat negara terus cemerlang pada hari pertama Sukan Komanwel Gold Coast apabila meraih pingat emas menerusi Muhammad Aznil Bidin dalam kategori 63kg di Carrara Sports and Leisure Centre, sebentar tadi.
Aznil memberi kejutan yang cukup bermakna buat kontinjen negara menerusi angkatan 126kg dalam acara snatch dan clean and jerk (162kg) untuk jumlah angkatan keseluruhan 288kg.
Kejayaan itu sekali gus membuatkan pencabarnya dari Papua New Guinea, Morea Baru, tertunduk kecewa berikutan angkatan keseluruhannya dipisahkan 3kg dengan pemenang manakala wakil Pakistan, Talha Talib, terpaksa berpuas hati dengan gangsa menerusi angkatan 283kg.
#angkat berat #Aznil Bidin #Gold Coast #Sukan Komanwel