Pemilihan jawatankuasa pergerakan Pemuda UMNO di Bahagian Permatang Pauh di Pulau Pinang berjalan lancar walaupun berlaku sedikit kekecohan dan salah faham.

Ketika itu seramai 380 perwakilan yang layak mengundi mula membuang undi bagi memilih pemimpin diperingkat pusat dan bahagian.

Bagaimanapun, ketika pengundian hendak dilangsungkan timbul sedikit kekecohan apabila seorang ahli biasa tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan pengerusi tetap yang menghalangnya memasuki dewan persidangan.

Lelaki terbabit yang bertinfdak melulu menaiki pentas diminta keluar dari dewan yang hanya dikhaskan untuk perwakilan sahaja.

Kekecohan itu bagaimanapun dapat diselesaikan dengan baik apabila dia kemudianya diminta keluar diiringi petugas sebaik dijelaskan mengenai peraturan mesyuarat.