PUTRAJAYA: Kekosongan jawatan diiklankan dalam talian merekodkan peningkatan 32.5 peratus dengan 448,181 kekosongan pada suku keempat 2023 (ST4 2023) berbanding 338,305 kekosongan pada suku sebelumnya (ST3 2023) , menurut Analisis Data Raya Job Market Insights dan My Job Profile: Penawaran Pekerjaan Diiklankan Dalam Talian di Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berdasarkan perbandingan tahun ke tahun, bilangan kekosongan jawatan mencatatkan pertumbuhan tiga digit iaitu 119.2 peratus berbanding 77.9 peratus pada suku ketiga 2023.
Katanya, pada ST4 2023, sebanyak 85,814 pertubuhan menawarkan kekosongan jawatan berbanding 77,499 pertubuhan yang direkodkan pada ST3 2023.
"Kekosongan jawatan yang diiklankan dalam talian tertinggi adalah pada Disember 2023 iaitu sebanyak 172,777 kekosongan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengenai kategori pekerjaan, Mohd Uzir berkata hampir separuh daripada kekosongan jawatan ditawarkan adalah dalam bidang profesional dengan 48.9 peratus atau 218,947 kekosongan pada ST4 2023, diikuti 18.5 peratus (82,950 kekosongan) bagi kategori pengurus dan 17 peratus (76,284 kekosongan) bagi juruteknik dan profesional bersekutu.
Mohd Uzir berkata pekerjaan popular yang mendapat permintaan tinggi adalah profesional pengiklanan dan pemasaran, profesional bersekutu pentadbiran, pengarah urusan dan ketua eksekutif, akauntan, juruaudit serta pembangunan perisian.
Beliau berkata mengenai kekosongan jawatan mengikut sektor ekonomi pula, kebanyakan kekosongan jawatan pada ST4 2023 adalah dalam sektor perkhidmatan iaitu 50.9 peratus atau 228,148 kekosongan.
Menurutnya, perdagangan borong dan runcit mendominasi kekosongan dengan 15.9 peratus atau 71,154 pekerjaan diikuti pembuatan (32,976), aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan (32,113) serta profesional, saintifik dan teknikal (27,757).
Mohd Uzir berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kekosongan jawatan tertinggi iaitu 81,574 atau 18.2 peratus diikuti Selangor 43,673 (9.7 peratus), Johor 19,822 (4.4 peratus), manakala Perlis mencatatkan hanya 79 kekosongan jawatan sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024
Mohd Uzir berkata berdasarkan perbandingan tahun ke tahun, bilangan kekosongan jawatan mencatatkan pertumbuhan tiga digit iaitu 119.2 peratus. - Gambar fail/Astro AWANI
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Kekosongan jawatan diiklankan dalam talian meningkat 32.5 peratus - DOSM
Kekosongan jawatan diiklankan dalam talian merekodkan peningkatan 32.5 peratus dengan 448,181 kekosongan pada suku keempat 2023.