Kekuatan UMNO membolehkan parti keramat orang Melayu itu terus kekal sehingga hari ini berbanding beberapa parti dominan yang seusia atau lebih tua daripadanya di negara lain, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden UMNO itu berkata sebagai contoh Partai Golongan Karyawan (Partai Golkar) di Indonesia yang dianggap dominan seperti UMNO, tetapi hanya mempunyai seorang wakil dalam kabinet negara itu ketika ini.
"Bayangkan dahulu, kita kata parti Golkar dengan UMNO itu sama dominannya, kekuatannya. Hari ini Golkar tak macam kedudukan UMNO dalam konteks kekuasaan kita (UMNO).
"Parti Kongres India hari ini menjadi pembangkang tapi BJP (Bharatiya Janata Party) jauh lebih popular. Parti LDP (Liberal Democratic Party) di Jepun pernah kalah tapi dapat balik semula kuasa.
"Hanya parti UMNO kekal sebagai tonggak kerajaan kita hari ini," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Lumut di Seri Manjung di sini hari ini. UMNO yang ditubuhkan pada 1946 akan menyambut ulang tahun yang ke-70 tahun ini.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut mengingatkan anggota UMNO agar terus kekal setia dalam perjuangan menghadapi pelbagai cabaran kerana kelemahan parti akan mempengaruhi minda mereka.
"Sebagai parti yang berkuasa, kita perlu setia kepada UMNO dan perjuangan, setia sepanjang masa, sepanjang hayat, jangan (hanya) setia ketika dapat jawatan.
"Ada sesuatu yang merupakan buah hati (pemimpin) kita dapat, baru setia (dengan UMNO), tak dapat lari daripada UMNO. Jutaan anggota UMNO tak dapat apa-apa seperti pemimpin UMNO tetapi mereka tetap setia," katanya.
Najib turut menegaskan UMNO bukan parti bersifat perkauman, sebaliknya ia sebuah parti yang bersifat inklusif.
"Pada 2013, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata saya hanya jaga orang Cina, kurang jaga orang Melayu. Tapi sekarang ini siapa yang duduk sebelah dan angkat tangan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang?" soal Najib.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa status kedudukannya sebagai presiden UMNO bukan ditentukan oleh mana-mana individu termasuk Dr Mahathir, sebaliknya ia ditentukan lebih 3 juta anggota parti.
Najib berkata walaupun pelbagai cabaran melanda UMNO ketika ini, namun kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun lalu bukti sokongan rakyat kepada parti dan Barisan Nasional terus melonjak.
"Pembangkang mahu jadikan ia (PRK) sebagai referendum, akhirnya referendum itu membawa kepada lonjakan majoriti yang menyokong kepada UMNO dan BN.
"Tetapi kita tidak angkuh dengan kemenangan ini, sebaliknya kita mahu menang besar pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Pada majlis itu, Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan pembinaan sebuah dewan baharu di Manjung yang dipohon Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Bernama
Sun Aug 07 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut 2016 di Majlis Perbandaran Manjung hari ini. - Foto Bernama
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.