SEBANYAK 12 kelab bola sepak terkemuka Eropah bersetuju dengan cadangan menubuhkan Liga Super Eropah.

Liga berkenaan akan menyaingi Liga Juara-Juara Eropah (UEFA).

Setakat ini enam kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) disahkan terlibat iaitu Manchester United, Manchester City, Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Tottenham Hotspur.

Sementara kelab lain ialah Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid, Juventus, AC Milan dan Inter Milan.

Cadangan menubuhkan Liga Super Eropah itu bagaimanapun setakat ini tidak melibatkan kelab dari Jerman atau Perancis.

Satu pengumuman penting berkenaan saingan liga ini dijadual dibuat 9.30 Ahad waktu tempatan.