GUA MUSANG: Kelantan dijangka beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada akhir bulan ini atau selewat-lewatnya awal Oktober, susulan 75 peratus individu dewasa di negeri ini sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat semalam.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata beberapa kriteria perlu dipertimbangkan seperti liputan vaksinasi dan trend kes harian COVID-19, sebelum peralihan tersebut.
"Insya-Allah kita akan terus melakukan aktiviti-aktiviti termasuk program jangkauan luar (outreach) kepada golongan yang belum disuntik dan kita yakin sasaran 80 peratus rakyat disuntik akan tercapai pada akhir bulan ini atau awal bulan depan," katanya kepada pemberita pada Program Vaksinasi Orang Asli Gua Musang di Pos Gob di sini, semalam.
BACA: Program imunisasi COVID-19 masyarakat Orang Asli di Kelantan capai sasaran
Mengulas lanjut, beliau berkata setakat semalam penduduk negeri ini yang telah menerima vaksinasi penuh ialah kira-kira 35 peratus.
Dr Zaini berkata peningkatan kadar suntikan vaksin juga menunjukkan perkembangan positif apabila kemasukan pesakit COVID-19 tahap serius ke hospital telah berkurangan.
"Walaupun kes harian COVID-19 di negeri ini masih mencatat empat angka sejak 10 Sept lepas, namun secara majoriti, iaitu 95 hingga 97 peratus pesakit COVID-19 yang kita terima adalah kategori satu dan dua.
"Bagaimanapun, saya ingin tegaskan kepada rakyat Kelantan, walaupun telah disuntik jangan berasa kita 100 peratus dilindungi.
"Prosedur operasi standard (SOP) norma baharu perlu terus kekal dipatuhi dan diamalkan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai bekalan vaksin sebanyak 1.2 juta dos yang diterima sepanjang bulan ini, Dr Zaini berkata pihaknya mengambil inisiatif melakukan pemberian vaksin secara jumpa terus (walk-in) untuk memaksimumkan kadar vaksinasi.
Katanya kira-kira 120,000 penduduk daripada 1.2 juta populasi dewasa di negeri itu yang layak divaksin masih belum menerima suntikan.
"Kita belum pasti sama ada mereka berada di Kelantan atau di luar, namun saya berharap mereka yang belum disuntik agar segera datang ke mana-mana pusat pemberian vaksin untuk menerima suntikan memandangkan kita telah melakukannya secara 'walk-in'," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 19 2021
Dr Zaini Hussin berkata beberapa kriteria perlu dipertimbangkan seperti liputan vaksinasi dan trend kes harian COVID-19, sebelum peralihan tersebut. -Gambar fail
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pasukan khas JKNK pantau juadah bazar Ramadan - Dr Zaini
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan menggerakkan pasukan khas bagi memantau penyediaan dan kebersihan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa nanti.
Kes denggi di Kelantan meningkat 225 peratus - Dr Zaini
Sebanyak 1,514 kes demam denggi dicatatkan di Kelantan bermula Januari hingga 12 Ogos tahun ini, iaitu peningkatan 225 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Penambahbaikan 38 klinik daif di Kelantan dijangka siap Oktober
Hampir sebahagian daripada klinik daif telah siap dibaiki dan digunakan oleh rakyat.
Kes denggi di Kelantan meningkat
Kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 830 kes berbanding 236 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Cuaca panas: Jabatan Kesihatan Kelantan bincang dengan beberapa agensi
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk agensi pengurusan bencana negeri berikutan fenomena cuaca panas yang melanda ketika ini.
Banjir Kelantan: Perkhidmatan sokongan di Hospital Tengku Anis dihentikan
Perkhidmatan sokongan di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh seperti unit Radiologi, unit Patologi dan Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) terpaksa dihentikan berikutan situasi banjir melanda hospital berk
Kelantan catat penurunan kes baharu penghidap HIV sejak 2016
Perubahan landskap jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan penagih dadah suntikan juga menunjukkan trend penurunan secara konsisten.
Banjir: Mangsa di PPS Kelantan dipantau pasukan kesihatan - Dr Zaini
Mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan akan dipantau secara lawatan oleh petugas pasukan kesihatan dari semasa ke semasa.
21 PKRC di Kelantan ditutup secara rasmi - Dr Zaini
Tindakan penutupan PKRC terlibat dilakukan selepas mengambil kira negara telah berada pada fasa peralihan ke endemik.
Kes HFMD meningkat, 2,493 kes direkodkan di Kelantan -JKN
Terdapat 945 kes HFMD dilaporkan pada minggu epid 19 (8 14 Mei 2022) dengan peningkatan kes sebanyak 934 peratus.