Kelantan kembali banjir, 1,351 mangsa dipindahkan

Muhafandi Muhamad
Disember 18, 2019 02:53 MYT
Jeli mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dipindahkan iaitu 1,094 orang daripada 425 keluarga yang ditempatkan di 10 buah pusat pemindahan. Foto JBPM
Kelantan kembali dilanda banjir selepas beberapa batang sungai utama di negeri itu melepasi bacaan paras bahaya berikutan hujan yang turun sejak semalam.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat merekodkan 1,351 orang mangsa banjir melibatkan 490 keluarga dipindahkan bermula malam tadi.
Banjir gelombang kedua kali ini melibatkan empat jajahan iaitu Tanah Merah, Jeli, Machang dan Kuala Krai.
Jeli mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dipindahkan iaitu 1,094 orang daripada 425 keluarga yang ditempatkan di 10 buah pusat pemindahan sementara (PPS).
BACA: Amaran hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah
BACA: Sembilan kampung ditenggelami air, dua jalan ditutup di Jeli
Dalam pada itu, antara kawasan yang terjejas di Jeli pula melibatkan Ayer Lanas, Lakota dan Gemang.
Bagi daerah Tanah Merah, seramai 200 mangsa direkodkan ke pusat pemindahan melibatkan 52 keluarga.
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah pula mencatatkan bacaan 25.59 melepas paras bahaya manakala Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan bacaan menghampiri paras bahaya sembilan meter.
#Ayer Lanas #banjir #hujan #Kota Bharu #Kuala Krai #mangsa banjir #paras bahaya #pusat pemindahan #Rantau Panjang #Sungai #Sungai Golok #Tanah Merah