Ketika Kelantan dilanda banjir besar baru-baru ini, pemilik akhbar Sinar Harian, Datuk Husamuddin Yaacub melontarkan cadangan supaya PAS dan UMNO membentuk sebuah kerajaan campuran di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Cadangan Husamuddin itu dibuat kerana beliau berpandangan, untuk membangunkan Kelantan yang teruk dilanda banjir, terutama di kawasan seperti Kuala Krai, perbelanjaan besar diperlukan, maka UMNO dan PAS perlu bergabung, jadi timbullah cadangan kerajaan perpaduan itu. Bagi Husamuddin, itulah jalan terbaik untuk membangunkan semula negeri yang paling teruk dilanda banjir kali ini. Itu hanya cadangan Husamuddin, seorang ahli perniagaan dan anak Kelantan, hanya cadangan belum dilaksanakan.
Selepas cadangan tersebut dilontarkan, ada yang pantas menyambutnya namun bukan sedikit yang berpencak silat menepis dan menolak apa yang dikatakan oleh Husamuddin itu. Yang menyambut, tiada lain yang dikatakan, ini lah masa terbaik untuk dua parti, UMNO dan PAS bersatu. Yang menolak, bermacam alasan, kerajaan perpaduan bukan jalan penyelesaian untuk membantu membangunkan semula Kelantan.
Selepas Husamuddin, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki menyarankan agar UMNO dan PAS mengambil langkah berani mengetepikan perbezaan politik bagi membentuk satu jawatankuasa bersama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan bagi merancang pembangunan semula negeri itu selepas bencana banjir.
Dr Mohd Zuhdi berpendapat, jawatankuasa itu boleh dipengerusikan secara bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau mana-mana menteri kanan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Katanya, kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak semestinya melibatkan penggabungan antara UMNO dengan PAS.
“Kewujudan dua entiti parti politik berbeza yang mewakili orang Melayu iaitu UMNO dan PAS sememangnya sukar untuk digabungkan ketika ini, tetapi perbezaan itu tidak sewajarnya menjadi halangan kepada kerajaan persekutuan yang ditunjangi UMNO dan kerajaan negeri oleh PAS untuk duduk bersama-sama merancang pembangunan semula Kelantan selepas bencana banjir baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Dr Mohd Zuhdi berkata jika kebajikan semua rakyat Kelantan diutamakan, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Kelantan perlu berjiwa besar dan mengambil langkah berani serta mengetepikan perbezaan politik.
“Sekiranya ikhtiar ini berjaya diusahakan, tidak mustahil negeri dan rakyat Kelantan bangkit semula dengan lebih hebat selepas bencana banjir kali ini, sebagaimana kebangkitan rakyat Jepun selepas Perang Dunia Kedua dan penduduk Acheh yang dilanda tsunami besar 10 tahun lalu,” katanya.
Manakala, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula mencadangkan agar ditubuhkan Majlis Tindakan Bersama Banjir antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk menangani masalah banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung. Cadangan ini tentulah datang selepas ahli parlimen Gelang Patah itu turun sendiri ke Kelantan dan melihat kesan dari bencana yang menimpa Tanah Serendah Sekebun Bunga itu.
Selepas banjir, sama ada kerajaan perpaduan atau kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri, yang perlu dilihat ialah, rakyat Kelantan kini melihat apakah keperluan untuk menukarkan kerajaan negeri atau tidak dalam pilihan raya umum akan datang.
Jika perkara ini diajukan kepada penyokong-penyokong parti, tentunya jawapan yang diterima, kalau yang ditanya itu 'totok' PAS, maka Kelantan akan terus di bawah bulan. Tetapi kalau soalan ini ditanya kepada yang di atas pagar, yang merasai sendiri bagaimana bantuan lambat sampai disebabkan terlalu mementingkan agenda politik, maka jawapan yang diterima tentulah, tidak ada salah kalau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), BN pula diberi peluang untuk mentadbir Kelantan.
Hari ini sudah ada yang berkata, "Sekali air bah, sekali kerajaan berubah". Kata-kata ini keluar kerana ramai yang kecewa dengan kerajaan Kelantan yang ada hari ini. Sudah mula ada yang merasakan bahawa BN yang sepatutnya mentadbir Kelantan.
Masalah pembalakan yang dikatakan antara punca banjir teruk melanda Gua Musang dan Kuala Krai turut diperkatakan oleh rakyat Kelantan. Ramai mula melihat kerakusan pemimpin-pemimpin PAS meluluskan kawasan-kawasan balak hingga menyebabkan Kelantan dilanda musibah. Alam berbicara bila ia dikhianati, antara yang dikatakan rakyat Kelantan.
Sama ada kerajaan perpaduan atau kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berjaya atau tidak itu perkara lain. Yang perlu difikirkan juga selepas pemulihan kawasan-kawasan yang teruk dilanda banjir, yang mana lebih layak mentadbir? Apakah mahu terus kekal status quo atau cuba memberi peluang kepada yang lain.
Tempoh beberapa tahun sebelum PRU14, perlu digunakan sebaik mungkin oleh puak yang ingin kekal memerintah dan puak yang sudah sekian lama cuba merampas. Masalah yang sering berlaku di Kelantan, ketika PAS lemah, UMNO pula berperang sesama sendiri hingga melepaskan peluang yang ada.
Perkara sama tidak mustahil akan berulang lagi kerana UMNO juga dikenali sebagai parti yang tidak belajar dari kesilapan. Hanya bercakap semata-mata bercakap tentang perubahan namun wal hasil balik asal.
Jadi, untuk tempoh yang ada, selepas banjir, PAS akan terus memerintah Kelantan. Kerajaan negeri tetap kerajaan yang sama. Tiada perubahan. Selepas PRU14, itu cerita lain. Selepas banjir, Kelantan tetap di bawah PAS, situasinya mungkin seperti tajuk dua buah lagu Search digabungkan menjadi satu: Selepas Banjir, Cadar Tak Berganti.
Irwan Muhammad Zain
Tue Jan 06 2015
Kelantan: Selepas Banjir, Cadar Tak Berganti
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Situasi banjir di enam negeri beransur pulih, jumlah mangsa di PPS berkurangan
Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berkurangan berbanding malam tadi.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY
Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan.
Banjir di tujuh negeri beransur pulih petang ini
Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.
Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 82,059 orang, 322 PPS masih beroperasi di 7 negeri
Ia penurunan sebanyak 3,663 mangsa berbanding 85,722 orang yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari.
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.