PUTRAJAYA: Kerajaan mensasarkan kadar masalah tumbesaran tidak normal atau bantut dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dikurangkan kepada 8 peratus menjelang tahun 2030.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, negara kini sedang berdepan beban berganda malpemakanan (kekurangan atau kelebihan zat pemakanan) terutama dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun serta peningkatan kadar obesiti dalam kalangan orang dewasa.
Lebih membimbangkan, tegas beliau, masalah kebantutan dalam kalangan kanak-kanak turut memberi impak perkembangan psikomotor, psikologi, sosial, darjah kecerdasan otak (IQ) dan darjah kecerdasan emosi (EQ) golongan itu.
"Ini menyebabkan mereka (kanak-kanak) tidak membesar dengan sempurna dan tidak mencapai ketinggian yang sepatutnya untuk umur mereka.
"Masalah ini berlaku hampir di semua negeri dengan peratusan tertinggi dicatatkan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Putrajaya,” kata Khairy dalam sidang media selepas merasmikan Program Media #AnakMalaysiaSihat di ibu pejabat KKM di sini, pada Isnin.
Untuk rekod, masalah kebantutan di Malaysia pada 2019 ialah sebanyak 21.8 peratus
Menurut beliau, masalah bantut merentasi semua kategori sosiodemografi sama ada bandar atau luar bandar, pendapatan isi rumah, kumpulan etnik, pekerjaan dan tahap pendidikan.
Tambah Khairy, situasi COVID-19 yang berlarutan serta kesan ekonomi kepada rakyat dijangka meningkatkan trend masalah pemakanan dalam kalangan kanak-kanak terutama dari keluarga berpendapatan rendah.
Bagi mengatasi masalah itu, Kementerian Kesihatan (KKM), kata Khairy, telah meluluskan Pelan Strategik Kebangsaan Menangani Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kanak-Kanak Malaysia bagi tahun 2022 hingga 2030.
Selain KKM, pelan strategik itu turut melibatkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Antara rangka kerja awal pelan itu, katanya, menubuhkan Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kanak-Kanak di Malaysia yang telah pun bermesyuarat hari ini.
"Pelan strategik ini kita akan bentang dalam (mesyuarat) Jemaah Menteri dan akan bentangkan kepada pihak Kementerian Kewangan supaya isu agenda memerangi masalah berganda malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak ini dapat diberikan tumpuan dan menjadi fokus utama bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia dalam Belanjawan 2023," katanya.
Mengulas lanjut, jelas Khairy, kolaborasi strategik turut dijalinkan antara KKM dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam melancarkan Program Media #AnakMalaysiaSihat.
"Program media ini akan menyediakan pelbagai pengisian maklumat kesihatan, pemakanan dan pengurusan keluarga sepanjang 1,000 hari pertama kehidupan.
"Satu laman web rasmi telah dibina dan platform media sosial dan satu program realiti TV dengan 13 episod akan disiarkan di TV Al-Hijrah.
"Usaha meningkatkan Public Service Announcement (PSA) juga akan ditingkatkan bagi memberi kesedaran masyarakat dan orang ramai tentang masalah malpemakanan dapat ditingkatkan dan agenda ini dapat dijadikan satu agenda diangkat sebagai agenda nasional," katanya lagi.
Fareez Azman
Mon Jun 27 2022
Khairy Jamaluddin berkata, negara kini sedang berdepan beban berganda malpemakanan terutama dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun serta peningkatan kadar obesiti dalam kalangan orang dewasa. - Gambar BERNAMA
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Pelan strategik perangi masalah bantut dilulus - Khairy
Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Bantut dalam Kalangan Kanak-kanak 2022-2030 dilulus.
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Putrajaya catat masalah bantut tertinggi - Khairy
Malaysia berhadapan beban malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun serta peningkatan kadar obesiti dalam kalangan orang dewasa.
Diabetes, obes membimbangkan: Ini dapatan penting NHMS 2019
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini membentangkan dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019: Penyakit Tidak Berjangkit Dan Permintaan Jagaan Kesihatan (NHMS 2019).