KOTA BHARU: Kelantan tidak akan menghadapi situasi kekurangan makanan sekiranya berlaku krisis bekalan memandangkan pengeluaran bagi beras, buah dan daging kambing telah melebihi tahap sara diri penduduk di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata langkah proaktif itu telah diambil oleh kerajaan negeri pada 11 Mei lepas dengan menubuhkan Jawatankuasa Induk Sekuriti Makanan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan Jawatankuasa Kerja Sekuriti Makanan Negeri Kelantan yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Nazran Muhammmad.
Katanya, jawatankuasa berkenaan melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan negeri, pihak berkuasa tempatan serta wakil daripada institusi pengajian tinggi bagi memperhalusi isu-isu berkaitan dan langkah penyelesaian yang sesuai bagi menangani isu berbangkit.
"Berdasarkan data Status Kadar Sara Diri (SSL) 2020 menunjukkan Kelantan berada di landasan yang tepat dalam menjayakan misi sebagai Jelapang Makanan Negara.
"Status SSL 2020 bagi sumber makanan untuk beras adalah 208 peratus, kelapa (196 peratus), daging kambing, bebiri (190 peratus), buah (117 peratus), sayur (98 peratus) dan ikan (93 peratus)," katanya menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, hari ini.
Mengulas lanjut, Tuan Mohd Saripudin berkata kerajaan negeri juga telah mengambil beberapa langkah bagi menjamin sekuriti bekalan makanan di negeri itu sentiasa mencukupi.
"Antara langkah yang dilakukan kerajaan negeri adalah menyediakan peruntukan khas RM10 juta melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan bagi pelaksanaan projek ternakan ayam pedaging tertutup semi automatik dan penternakan lembu secara integrasi di ladang sawit.
"Kita juga turut mempergiat kempen penglibatan masyarakat dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan seperti Program Dapur Hijau, Kempen Seed Community-Kempen Penghasilan dan Penyimpanan benih tanaman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022
Tuan Mohd Saripudin berkata kerajaan negeri juga telah mengambil beberapa langkah bagi menjamin sekuriti bekalan makanan di Kelantan sentiasa mencukupi. - Gambar fail
Sistem GPS bawah laut dibangunkan untuk penyelam skuba
Sehingga lima individu boleh menggunakan DNS serentak untuk setiap pelampung.
UPKK 2023: 28,531 calon peroleh keputusan 8A
Sebanyak 88 peratus calon lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.89 mata.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
Ribut kencang, banjir besar badai Asia Barat
Hujan lebat yang melanda Asia Barat sejak dua hari lalu melumpuhkan bandar kewangan Dubai, menyebabkan banjir kilat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain dan mengorbankan lebih 18 nyawa di Oman.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Pakar Ekonomi
Komunikasi yang berkesan dan efektif perlu dilakukan kerajaan seiring reformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan ketika ini. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Dana Pembangkang: Kerajaan mula langkah ke arah politik matang - Pakar
Kesediaan Kerajaan Perpaduan untuk membincangkan peruntukkan kepada ahli parlimen pembangkang seharusnya membuka lembaran baharu politik matang dalam negara.
Dua ADUN positif COVID-19, sidang DUN Kelantan tangguh
Difahamkan, dua yang positif ialah ADUN Tendong Mohd Rozi Mohamad dan ADUN Tanjong Mas Rohani Ibrahim.