Kelegaan buat Ellavarasan

Astro Awani
April 27, 2013 00:32 MYT
Ketua jurulatih Terengganu, E. Ellavarasan menarik nafas lega selepas skuad kendaliannya mengutip mata penuh dalam pertemuan dengan Negeri Sembilan.
Biarpun turun tanpa tonggak import, Jean-Emmanuel Effa Owona, Ellavarasan memuji semangat para pemain Peteh yang mempunyai motivasi tinggi bagi mendapatkan kemenangan.
Skuad peteh kini mengumpul 20 mata setakat ini bagi selepas meraih kemenangan keenamnya musim ini.
Sementara itu, rakan sejawat Ellavarasan, Divaldo Da Silva kecewa skuad kendaliannya sekali lagi pulang dengan tangan kosong.
Keputusan itu menyaksikan skuad Jang terus mencari-cari kemenangan sulung mereka.
Mereka kini menduduki tangga terakhir liga selepas mengumpul tujuh mata daripada 14 perlawanan.
#bola sepak #E. Ellavarasan #Liga Super #Negeri Sembilan #skuad peteh #terengganu