Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini atas pertuduhan merogol dua kanak-kanak perempuan berusia empat dan lapan tahun, Mei serta Ogos lalu.

Mohd. Azhar Sharidan, 25, bagaimanapun memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Unaizah Mohd.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di tangki air Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan antara jam 5 hingga 7 petang pada Mei lalu.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, Mohd. Azhar didakwa merogol kanak-kanak berusia lapan tahun di ladang kelapa sawit Mahkota Aman Batu 11, Kuantan dalam waktu sama iaitu jam 5 hingga 7 petang pada Ogos lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Hamizey Mat Taib.

Shahrul Ekhsan memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin sehingga kes selesai kerana kesalahan dilakukan adalah serius dan dibimbangi akan menggangu mangsa, ahli keluarganya serta jiran yang terlibat.

Hakim Unaizah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan sebutan semula kes pada 5 Januari 2018.

Saorang pemuda berusia 25 tahun mengaku tidak bersalah merogol dua kanak-kanak perempuan berusia empat dan lapan tahun di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini.

Sebelum ini media melaporkan, tertuduh dikatakan mengumpan kedua-dua mangsa dengan coklat dan wang sebanyak RM2 sebelum memujuk kanak-kanak itu menaiki motosikal kononnya untuk brsiar-siar sebelum merogol mereka.