KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik balik kelonggaran aktiviti sosial yang diberikan kepada rakyat, sekiranya angka COVID-19 meningkat selepas negara beralih ke fasa endemik.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mastura Yazid berkata, apabila negara memasuki fasa endemik, kerajaan hanya akan menggunakan satu prosedur operasi standard (SOP) iaitu protokol kesihatan umum.
"Bagaimanapun jika terdapat kes mendadak dan meningkat, kerajaan melaksanakan langkah pencegahan dan memantau dengan sistem heightened alert yang mana hanya terdapat dua kategori dalam sistem ini iaitu tinggi atau rendah.
"Jika dilihat berisiko tinggi, kerajaan akan mengenakan sekatan aktiviti sosial, bukannya aktiviti ekonomi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-TUMPAT) mengenai cadangan pelan baharu memandangkan ramai yang mula tidak menjaga SOP kerana bebas bergerak menjalankan aktiviti sosial, yang bakal menyaksikan kes COVID-19 boleh meningkat.
Mengulas lanjut, Mastura menjelaskan SOP berkenaan akan diputuskan sebuah jawatan kuasa yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdasarkan penilaian yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau berkata, dalam proses peralihan ke fasa endemik, ada beberapa indikator perlu dipenuhi sebelum usaha baharu diperkenalkan.
Katanya, indikator itu adalah kadar penggunaan katil keseluruhan mesti kurang daripada 30 peratus, wad rawatan rapi (ICU) kurang 10 peratus dan jumlah Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) kurang 30 peratus.
"Kapasiti makmal untuk menjalankan ujian pula perlulah melebihi 90 peratus, kadar positif dalam endemik mestilah kurang lima peratus, jumlah petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 mesti di tahap minimum iaitu kurang satu peratus, dan kadar kes COVID-19 yang teruk masuk ke wad perlu kurang daripada 0.5 peratus.
"Jumlah kematian purata tujuh hari pula disasarkan kurang daripada 0.8 peratus, dengan jumlah kematian harian kurang daripada 10 kes; insiden kes pula kurang 1,200 sehari dan vaksinasi perlu lebih 80 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan," katanya.
Terdahulu, menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) supaya Pelan Pemulihan Negara (PPN) dirombak semula mengikut situasi semasa dan norma baharu kerana ia dilihat gagal, Mastura berkata, keutamaan melalui PPN adalah memastikan penularan dapat di kawal dan rakyat selamat.
Astro Awani
Wed Nov 10 2021
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Mastura Mohd Yazid ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.