SUNGAI SIPUT: Penganut agama Hindu perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kelonggaran kepada mereka, meraikan sambutan hari Thaipusam secara fizikal tahun ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran berkata ini kerana tiada sambutan seperti itu dibenarkan pada tahun lepas.
"Pada tahun lepas, langsung tiada apa-apa dibenarkan tetapi kerajaan (tahun ini) telah membenarkan upacara yang diminta oleh kaum Hindu untuk menunaikan kewajiban, cuma Kavadi tidak dibenarkan kerana sukar untuk mengawal SOP berikutan melibatkan bilangan orang yang ramai.
"Sekiranya dibenarkan, ia dikhuatiri membawa padah bukan sahaja kepada kaum India tetapi semua rakyat, jadi kerajaan memberi kebenaran meneruskan perayaan namun dengan kawalan yang ketat, bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Sungai Siput hari ini.
Vigneswaran berkata SOP yang disediakan kerajaan wajar menerima pujian kerana ia telah membolehkan perayaan Hari Thaipusam berlangsung dengan sempurna di seluruh negara.
"Ini menunjukkan kerajaan memang memastikan konsep Keluarga Malaysia untuk semua kaum dan diharapkan semua penganut mematuhi SOP semasa perayaan ini berlangsung dalam dua hari ini, bagi memastikan sambutan tidak menyebabkan kluster dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan Briged MIC, yang dilancarkan dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Vigneswaran berkata ia mendapat sambutan amat baik.
Menurutnya seramai 3,000 orang telah menyertainya di Johor setakat ini dan pelancaran Briged Pemuda dan Wanita di Perak, dijangka diadakan pada bulan depan.
"Kita menyasarkan sekurang-kurangnya seramai 2,000 orang akan menyertai Briged MIC di setiap negeri termasuk di Perak, dan pelancaran peringkat kebangsaan akan disempurnakan oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelak," katanya.
Vigneswaran berkata perbincangan yang diadakan pihaknya bersama Ahmad Zahid dua hari lepas telah memutuskan supaya keutamaan briged itu perlu selari dengan pelaksanaan pengundi 18 tahun (Undi 18).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022
Pada tahun lepas, langsung tiada apa-apa dibenarkan tetapi kerajaan (tahun ini) telah membenarkan upacara yang diminta oleh kaum Hindu untuk menunaikan kewajiban, kata Vigneswaran. - Gambar fail
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Thaipusam
Ahmad Zahid menerusi catatan di Facebook berkata keindahan Malaysia terisi dengan kepelbagaian kaum, agama, adat dan tradisi, namun ia tetap harmoni.
Thaipusam kukuhkan nilai kekeluargaan
Bagi Nanthagoballa Morganan mengangkat kavadi pada usia dewasa menjadi lebih bermakna buatnya.
PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat Hindu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada masyarakat Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya esok.
500,000 pengunjung dijangka ke Ipoh sempena Thaipusam
Terdapat lencongan dan penutupan jalan bagi memberi ruang kepada perayaan serta perarakan pedati juga kavadi.
Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup mulai esok sempena Thaipusam
Beberapa jalan-jalan utama di Pulau Pinang akan ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan pedati perak sempena sambutan Thaipusam.
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup bermula malam esok - Polis
Sebanyak 23 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula malam esok bagi memberi laluan kepada perarakan pedati sempena sambutan Thaipusam, Khamis ini.
Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.