KUALA LUMPUR: Sudahlah memilih untuk mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pekerja ketika ini langsung tidak mempunyai caruman KWSP.
Itu realiti yang mendepani satu daripada tiga responden yang dinyatakan dalam Laporan Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi yang diterbitkan pada Jumaat.
Malah, kajian itu turut mendapati 57.9 peratus responden telah mengeluarkan KWSP sebelum mencapai had umur pengeluaran mereka.
“Perkara ini sangat membimbangkan kerana perlindungan masa hadapan sangat penting bagi meneruskan kehidupan di hari tua nanti.
“Situasi semasa mereka yang terjejas amat kritikal pada masa hadapan jika tiada intervensi khusus dilaksanakan,” menurut laporan tersebut.
Laporan itu turut menyebut, 64.9 peratus daripada golongan yang terkesan akibat kenaikan harga barangan terdiri daripada mereka yang bekerja di sektor swasta dan sektor tidak formal, termasuk bekerja sendiri.
Selain itu, kebanyakan mereka, iaitu 56.9 peratus responden, yang terkesan akibat kenaikan harga ketika ini, tidak mempunyai sebarang perlindungan sosial seperti KWSP, Perkeso dan lain-lain.
Ia memberi cerminan bahawa kumpulan isi rumah yang terjejas menghadapi risiko apabila mereka menyertai sektor pekerjaan yang tiada perlindungan sosial serta simpanan masa hadapan, sekali gus akan menyebabkan ketidaktentuan kepada persediaan menghadapi hari tua, memetik laporan itu.
Kajian dalam kalangan kelompok berpendapatan B40 dan M40 ini adalah hasil kerjasama strategik antara Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia, Astro Awani dan Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) dalam membantu menambah baik instrumen dasar menangani kos sara hidup.
Cerapan data menerusi kaedah purposive sampling pada 23 dan 24 Julai lalu melibatkan 120 sampel dijalankan di 27 penempatan di Lembah Klang dengan 18 daripadanya adalah isi rumah yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Kerajaan sebelum ini menyatakan iltizam untuk terus menyalurkan pelbagai bantuan dan subsidi kepada rakyat dalam mengharungi kesan inflasi dan kenaikan harga barang ketika ini.
Selain memperkenalkan subsidi baharu yang tidak termasuk dalam Bajet 2022, iaitu bagi ayam dan telur serta elektrik, kerajaan turut memperuntukkan anggaran subsidi RM37.3 bilion bagi petrol, diesel dan LPG berbanding RM13.2 bilion pada tahun lepas.
Malah, anggaran subsidi minyak masak kini mencecah RM4 bilion, berbanding RM2.2 billion tahun lalu selain subsidi kepenggunaan lain dengan anggaran perbelanjaan RM9.7 bilion berbanding hanya RM1.1 bilion tahun sebelumnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memaklumkan, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 ditambah baik dengan Bantuan Tunai Tambahan bernilai RM630 juta, dengan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8 bilion.
Ia sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan yang memerlukan dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat serta merancakkan ekonomi melalui aktiviti perbelanjaan.
Laporan kajian boleh diperoleh di www.eiom.org
Harits Asyraf Hasnan
Fri Aug 12 2022
Sebanyak 56.9 peratus responden yang terkesan akibat kenaikan harga ketika ini tidak mempunyai sebarang perlindungan sosial seperti KWSP, Perkeso dan lain-lain. - Gambar hiasan
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Pengeluaran KWSP secara bersasar atau terbuka akan burukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan
Menurut Kementerian Kewangan, langkah itu juga bukanlah penyelesaian kepada punca beban kewangan rakyat yang semakin meningkat.
Tiada perubahan terhadap pengeluaran penuh umur 55 dan 60 tahun untuk ahli semasa - KWSP
Perkhidmatan pengeluaran bulanan KWSP yang sedia ada hanya terpakai kepada ahli yang menyertainya secara sukarela.
PM kekal pendirian tak benar pengeluaran KWSP, yakin akan dipolitik pada PRN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan rakyat membuat pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pengeluaran KWSP: Kerajaan tidak akan laksana pendekatan populis - Rafizi
Kerajaan tidak akan mengamalkan pendekatan yang populis dengan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
PN gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar untuk golongan memerlukan
PN gesa kerajaan cari satu mekanisme yang sesuai bagi membantu golongan memerlukan meneruskan kelangsungan hidup.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Ismail Sabri sokong pengeluaran KWSP bersasar
Walaupun KWSP simpanan untuk hari tua, namun, tiada guna jika rakyat tidak dapat meneruskan kehidupan hari ini kerana dibelenggu hutang.
"Apa salahnya kerajaan pertimbangkan pengeluaran KWSP?" - Muhyiddin
Kerajaan sepatutnya tumpu usaha-kuasa memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat, tegas Muhyiddin.
Pengeluaran KWSP: Kerajaan cari jalan lain lebih sesuai - PM Anwar
Yang harus difikirkan ialah bagaimana perihal kewangan pencarum selepas persaraan kelak, tegas Anwar.
Pengeluaran KWSP: Kerajaan pertimbang masa depan pencarum sebelum beri kebenaran - PM
Terdapat pencarum yang mempunyai simpanan terlalu rendah di KWSP, risiko berhadapan pelbagai kesukaran pada masa depan.