KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan Keluarga Malaysia yang beragama Hindu agar menyambut perayaan Deepavali hari ini dengan menerapkan amalan norma baharu.
"Semoga perayaan ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta ini. Sambutlah perayaan dengan penuh kebahagiaan dalam penerapan norma baharu.
"Ukirkan senyuman yang lebar dalam pesta cahaya dengan penerapan jalinan kasih sayang sesama kita, sebagai ahli Keluarga Malaysia yang dicintai dan disayangi di negara ini," katanya menerusi hantaran di Twitter dan Facebook rasmi beliau malam tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pula berharap dalam menyambut perayaan itu dengan penuh keceriaan, rakyat Malaysia berganding bahu menjalankan tanggungjawab bersama serta berusaha membantu negara dalam membuka semula ekonomi dan aktiviti sosial dengan selamat.
"Sentiasa amalkan kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan. Tingkatkan penilaian kendiri COVID-19 dengan TRIIS iaitu test, report, isolate, inform, seek (Uji, Lapor, Asing, Maklum dan Dapatkan).
"Apa yang kita lakukan sekarang amatlah penting pada bulan-bulan yang akan datang sebagai penanda aras persediaan kita memasuki fasa endemik," katanya melalui hantaran di Facebook rasminya.
Di samping itu, beliau turut mengucapkan semoga cahaya perayaan ini memberi kesihatan dan kesejahteraan kepada Keluarga Malaysia yang menyambut Deepavali.
"Kita jaga kita. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga komuniti dan negara kita," kata Dr Noor Hisham mengakhiri hantaran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
ISMAIL SABRI: Semoga perayaan ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta ini. Sambutlah perayaan dengan penuh kebahagiaan dalam penerapan norma baharu. -Facebook Ismail Sabri Yaakob
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
SolaRIS memberdaya permintaan solar, tingkat peluang kerja - Pakar
Permohonan boleh dibuat bermula 1 April sehingga 31 Disember 2024 dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor ukir senyuman buat anak yatim
Sekumpulan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pusat Jagaan Swani Sivananda Kuala Kubu Bharu diraikan dalam suasana ceria bersempena dengan sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor 2023, pada Sabtu.
Kerajaan tanggung RM30 juta tol percuma semasa Deepavali
Pada tahun 2022, kerajaan menanggung kira-kira RM435 juta disebabkan penangguhan kenaikan tol.
Padah main mercun, lelaki didenda RM8,000
Tindakan lelaki bermain mercun di atas jalan raya di Kuala Sawah, Rantau, Jumaat lalu sehingga tular di Facebook membawa padah apabila dia didenda RM8,000.
KSM sentiasa ambil perhatian aduan berkaitan penganiayaan pekerja domestik asing
Kementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa mengambil perhatian terhadap laporan aduan pengurusan berkaitan pekerja domestik asing.
Hari Deepavali disambut meriah di seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya disambut meriah di seluruh negara hari ini.
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
Tol percuma: Masih perlu sentuh Touch n Go, lakukan transaksi untuk rekod perjalanan
Pengarah Urusan PLUS Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata namun begitu tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan.
Deepavali satu jalan membangun Malaysia yang madani - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia beragama Hindu yang meraikannya Ahad ini.
Deepavali: Peningkatan 73 peratus kenderaan di Lebuhraya KL-Karak
Sebanyak 692,000 kenderaan menggunakan lebuh raya KLK bagi tempoh empat hari bermula hari ini.
Kerajaan beri cuti tanpa rekod Deepavali kepada penjawat awam Hindu di Sarawak
Kerajaan bersetuju memberi cuti tanpa rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan menganut agama Hindu yang berkhidmat di Sarawak berkuat kuasa semalam.