Keluhan Gen-Z: Hutang pengajian tinggi, peluang pekerjaan tak banyak

Shafizan Johari, Isabelle Leong, Amirul Awaludin
Disember 5, 2017 10:05 MYT
IPSOS: Generasi Z berumur 15 hingga 24 tahun dan yang masih bujang amat bimbang tentang kadar pengangguran di Malaysia.
Kaum wanita, pelajar-pelajar dan golongan berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1,000 mempunyai tahap kerisauan tertinggi dari segi pengangguran seperti yang dilaporkan syarikat penyelidikan pasaran, IPSOS.
Kaji selidik yang dibuat tahun ini seiring dengan kaji selidik global itu memperoleh dapatan tentang tiga kumpulan yang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi dalam kalangan orang Melayu dari golongan Generasi Z berusia di antara 15 dan 24 tahun dan masih bujang.
Astro AWANI membuat tinjauan di laman media sosial bagi mendapatkan pandangan netizen dan menerima pelbagai reaksi dari warga Gen-Z.

Kebanyakan graduan dah ada ijazah & diploma. Untuk jawatan yg mperlukan ijazah & diploma tak banyak dlm satu2 department. Bayangkan yg layak 10 tapi nak isi 1 je post dlm organization chart tu. Habis yg lg 9 pergi mana? Level pendidikan naik tp peluang kerja mcm 30 tahun lepas.

— Ahmad Fadli (@AhmadOllie) December 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada yang mengusik warga emas yang sudah lama berkhidmat untuk membuka ruang lingkup untuk para mahasiswa merebut peluang pekerjaan mereka.

Warga emas perlu diberi pencen awal iaitu 50 tahun untuk berehat dan meluangkan masa brsama family. Beri peluang kepada kami untuk berkhidmat dan berbakti.Dan bagi peluang kepada kami, bukannya perlukan orang berpengalaman sahaja. Mohon maklum.

— Zura Chang (@ZURAChang1) December 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jgn pjgkan tempoh khidmat pencen,generasi anak muda lepasan uni bermula dgn hutang,lambakan graduan tp tdk lambakan peluang pekerjaan,byk misfit bidang yg dibelajar dgn peluang kerjaya,education is not the business,kebolehpasaran graduan mesti diutamakan

— Arif Hafizuddin Omar (@maliqueariff) December 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Hapuskan kriteria ; mesti mempunyai pengalaman kerja /p>— ezry (@ebadfzka) December 5, 2017

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Peranan ibu bapa
Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Danial menekankan peranan ibu bapa dalam menentukan profesion anak-anak mereka. Perlu berfikiran lebih terbuka terhadap pekerjaan agar masalah pengangguran tidak ketara.

If parents and children can be open minded towards jobs , there shouldnt be any problems. Malaysian should start being open minded because there is a lot of jobs out there. Some people are just too picky that's why. Just my opinion.

— danial. (@DANIALDHM) December 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Generasi Z pilih kerjaya berbeza

Peluang pekerjaan perlu dilonggarkn syaratnya. Terutamanya pada golongan mahasiswa lepasan uni yg mencari tempat untuk latihan industri.

— jambu. (@deenaim05) December 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pengangguran di kalangan belia dapat di atasi jikalau belia diberikan peluang untuk mencipta pekerjaan sendiri tanpa bebanan hutang.

— Fath (@SetsunaFathSei) December 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI di media sosial hari ini menyenaraikan Generasi Z berusia 15 tahun hingga 24 tahun dan masih bujang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi tentang pengangguran selepas menamatkan pengajian.

#UndiAWANI Apakah isu-isu yang menjadi kebimbangan utama di kalangan rakyat Malaysia?

— Astro AWANI (@501Awani) December 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sejumlah, 3,638 pengundi mengambil bahagian dalam undian ini. Keputusan menunjukkan 53 peratus memilih kebimbangan yang tinggi terhadap inflasi dan kos hidup.
Isu pengangguran menduduki tangga kedua dengan 26 peratus diikuti oleh 14 peratus yang memilih kemasukan pekerja asing.
Tinjauan tahun 2017 ini dijalankan seiring dengan kaji selidik global di 26 negara, menanyakan rakyat tentang isu-isu utama yang mereka percaya sedan dialami oleh negara mereka.
Lebih daripada 2,000 warga Malaysia yang ditemu ramah menyatakan bahawa tiga kerisauan utama ialah Kawalan Imigrasi, Tadbir Urus (Pengendalian oleh Kerajaan & Korporat) dan Pengangguran.
#bujang #Gen Z #Generasi Z #Ipsos #kadar #kaji selidik #kebimbangan #Melayu #netizen #pengangguran #reaksi #tahap