KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 27 kematian pada Selasa akibat jangkitan COVID-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,723 orang daripada hampir 2.78 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Sementara  itu, jumlah jangkitan baharu yang dicatatkan pada Rabu pula sebanyak 3,198 kes.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan COVID-19 setakat ini adalah 2,795,233 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada 3,198 kes harian itu, 3,159 kes (98.8 peratus) adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2, manakala 39 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

Sementara itu kes sembuh yang direkodkan pada Rabu adalah berjumlah 3,200 kes menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 2,723,599.

Daripada jumlah itu, kes import berjumlah 303 kes membabitkan 224 warganegara dan 79 bukan warganegara.

Kes tempatan yang dicatatkan pula adalah 2,895 kes dengan 2,753 adalah warganegara dan 142 bukan warganegara.

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan  Rapi (ICU) sebanyak 215 dengan 105 memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, lapan kluster baharu juga dikesan dengan jumlah keseluruhan kluster ketika ini adalah 6,184 kluster dengan jumlah kluster aktif pula adalah 179.