Situasi jerebu terus menghantui rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berada di negeri Johor dan Melaka yang menyaksikan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi berbanding semalam.

Kawasan yang paling teruk diselubungi jerebu adalah Muar yang mencatatkan bacaan IPU 157 setakat pukul 11 pagi semalam.

Hari ini angka itu mencecah 337 setakat pukul 7 pagi dan terus mara ke 383 setakat pukul 11 pagi.

muar

Sementara itu, Kota Tinggi mencatatkan bacaan IPU 232.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Empat bandar jatuh dalam kategori tidak sihat iaitu Pasir Gudang dengan bacaan IPU 199, Larkin Lama 181, Bandaraya Melaka 137 dan Bukit Rambai 119.

Sejumlah 76 peratus daripada bandar-bandar di Malaysia mencatatkan bacaan IPU yang sederhana.

Sementara itu, sejumlah 15 peratus daripada bandar-bandar lain mencatatkan bacaan IPU yang baik termasuk Alor Setar, Langkawi, Kangar dan Sandakan.