KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing memohon rakyat Malaysia supaya tidak memberikan reaksi keterlaluan berhubung kemasukan pelancong China ke dalam negara.
Beliau berkata kerajaan sentiasa peka mengenai situasi semasa COVID-19 dalam negara, namun ketika ini, masih tiada keperluan untuk mengenakan sekatan, menambah baik prosedur operasi standard (SOP) atau kawalan khas terhadap pelancong China.
"Saya mohon rakyat jangan keterlaluan. Sekarang kita bukan cakap soal tidak boleh (masuk ke dalam negara) ataupun kita mahu (kenakan) kawalan khas ke atas pelancong China, saya rasa ini tidak adil. Kita perlu ingat, jika kita lihat kes COVID-19 di China itu begitu tinggi iaitu 10.9 juta kes, kita perlu lihat pula pada Amerika Syarikat yang sudah 99 juta (kes).
"Jadi, jika mahu ambil tindakan, sepatutnya terhadap Amerika Syarikat. Kadar kematiannya juga sudah cecah 1.08 juta tetapi China kadarnya baru 36,000. Jadi perbandingan dari segi kadar kematian ini sangat rendah (bagi China). Walaupun begitu, kerajaan masih mengawal keselamatan negara, kita pantau (keadaan semasa)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan pencahayaan Tahun Baharu Cina 2023 di Jalan Petaling di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau meminta rakyat Malaysia untuk terus mengutamakan kesihatan diri di samping menjaga SOP bagi mengekang penularan wabak COVID-19 khususnya apabila sektor pelancongan negara kini sudah mula kembali rancak.
Dalam pada itu, Tiong berkata kementeriannya mempunyai perancangan berbentuk pemasaran digital dan pendekatan secara konvensional bagi mempromosikan sektor pelancongan negara ke peringkat antarabangsa.
Beliau berkata usaha itu akan turut melibatkan agensi pelancongan tempatan bagi membantu menarik lebih ramai pelancong asing ke dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing pada sidang media ketika hadir pada Sambutan Pencahayaan Tahun Baharu Cina 2023 di Jalan Petaling hari ini. - Foto BERNAMA
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Kerajaan kawal rapi kemasukan pelancong asing - PM Anwar
Anwar menambah, kerajaan juga tidak mengambil kira dari mana pelancong asing itu datang dalam melakukan pemeriksaan ketika memasuki negara.
Kemasukan pelancong China, Kabinet Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan
Kabinet Sabah akan menetapkan polisi baharu sebagai persediaan berdepan gelombang atau varian baharu COVID-19 serta menangani kemasukan pelancong China.
Pelancong warga emas cedera diragut di hadapan KLCC
Mangsa cedera di kepala dan muka selepas diragut di hadapan KLCC, Jalan Ampang, Jumaat lalu.
40 pelancong China nyaris rentung di Sabah
Semua mangsa berjaya menyelamatkan diri termasuk pemandu bas dan dua pemandu pelancong sebaik menyedari berlaku kebakaran.
Kementerian beri MITA lesen sementara bertutur bahasa Mandarin
Presiden MITA Uzaidi Udanis berkata oleh kerana China adalah pasaran pelancongan penting bagi Malaysia, beliau berharap langkah itu akan membantu meningkatkan kedatangan pelancong China.