Badan Perhubungan Umno Kelantan pada Sabtu, menghantar notis memaklumkan mengenai kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar serta kekosongan kerusi berkenaan kepada Speaker DUN Kelantan, Abdullah Yakob.
Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Mustapha Mohamed notis berkenaan telah di hantar ke pejabat Speaker jam 10.45 pagi Sabtu.
"Setelah mendapat notis berkenaan, Speaker akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan tarikh pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas menerima notis kekosongan tersebut."
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri di sini pada Sabtu.
Kerusi DUN Pangkalan Kubor kosong apabila penyandangnya, Noor Zahidi dari BN meninggal dunia pada 20 Ogos lepas akibat kanser hati.
Umno Kelantan juga akan mengadakan mesyuarat dan pertemuan dengan semua ahli jawatankuasa empat peringkat Umno Bahagian Tumpat bagi merangka program dan mendapatkan maklumbalas sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis tertinggi (MT) di Kuala Lumpur pada Jumaat depan.
Segala persiapan akan dilakukan selepas laporan mengenai DUN Pengkalan Kubor disiapkan dan dibentangkan kepada presiden, timbalan presiden parti dan MT.
Mustapha mengakui Pilihanraya Kecil DUN Pangkalan Kubor merupakan satu cabaran buat BN untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi selama tiga penggal itu.
Katanya, Parlimen Tumpat dikuasai oleh PAS manakala DUN Pasir Pekan yang juga kawasan bersempadan DUN Pangkalan Kubor diwakili oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Ketika ditanya mengenai calon yang bakal ditampilkan oleh BN Kelantan, Mustapha yang juga Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri menjelaskan bahawa soal calon masih terlalu awal untuk dibincangkan.
Namun beliau menegaskan calon yang akan dipilih tentulah calon yang boleh menang.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin kerusi DUN Pengkalan Kubor mampu dipertahankan.
Ini kerana Allahyarham Noor Zahidi disifatkan sebagai wakil rakyat yang sentiasa berpijak di bumi nyata semasa hayatnya berkhidmat kepada rakyat, katanya.
Katanya lagi, beliau percaya pengundi di DUN berkenaan bijak memilih calon berwibawa dan diyakini serta tidak akan melupakan jasa Allahyarham yang banyak disumbangkan di kawasan terbabit.
Astro Awani
Sat Aug 23 2014
MUSTAPHA: Pilihanraya Kecil DUN Pangkalan Kubor merupakan satu cabaran buat BN untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi selama tiga penggal itu
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
RMK-12: Ada bab khusus untuk Sabah dan Sarawak - Tok Pa
Bab khusus mengenai hal berkaitan Sabah dan Sarawak akan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
Kematian Noor Zahidi, Umno Kelantan hantar notis
Umno Kelantan hantar notis maklumkan mengenai kematian ADUN Pangkalan Kubor, Noor Zahidi Omar serta kekosongan kerusi berkenaan pada Sabtu.
Tok Pa minta semua pihak akur pucuk pimpinan parti
Sebagai ahli parti, perlu setia walau apa jua keadaan kerana sebarang jawatan yang disandang dan dilantik adalah terletak kepada keputusan presiden parti.
Hudud: Kerajaan Kelantan akan beri penerangan kepada semua ahli parlimen
Pengerusinya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata penerangan dan taklimat itu akan dibuat kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik yang mereka anggotai.
Tok Pa minta PAS jelaskan soal hudud kepada Ahli Parlimen
Penerangan dan penjelasan itu penting bagi membolehkan semua ahli parlimen itu faham tentang apa yang hendak dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan itu.
Tok Pa sah bertanding MT UMNO Oktober depan
Datuk Seri Mustapha Mohamed mengesahkan beliau akan mempertahankan Jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan Oktober depan.
Tokpa: Tumpu perhatian kepada pengundi muda di Kuala Besut
Datuk Seri Mustapha Mohamed meminta jentera Barisan Nasional (BN) di Kuala Besut supaya menumpukan perhatian kepada pengundi muda yang menjadi undi penentu bagi DUN tersebut.