Kembali ke bilik pembedahan tenangkan 'withdrawal symptoms' saya - Dr Noor Hisham

Farhana Joni
Jun 12, 2020 08:02 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama kakitangan sebelum melakukan pembedahan thyroidectomy. - Facebook Datuk Dr Noor Hisham Abdullah..
Sejak hujung tahun lalu, setiap petang wajah 'hero negara' ini sering menghiasi kaca televisyen dengan memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan jangkitan COVID-19 di Malaysia.
Sepanjang tempoh itu, hanya sekali Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan akhbar iaitu pada 9 Mei lalu.

Hari ini saya & pasukan saya diberi peluang utk berehat seketika setelah bekerja tanpa henti sejak Disember 2019 dlm respon & kesiapsagaan KKM menghadapi COVID-19. Walaupun tiada sidang media dijadualkan, satu kenyataan akhbar tetap akan menyusul menyalurkan maklumat terkini. pic.twitter.com/GmFH1AmZwZ

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 9, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sudah tentu rutin tersebut memberi tekanan kepada barisan hadapan kementerian tersebut termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi status dan tiga keping gambar yang dikongsikan dalam akaun Facebook miliknya, Noor Hisham mengakui peluang memasuki ke dewan bedah sedikit sebanyak menenangkan 'withdrawal symptoms' beliau.
Sumber Facebook DGHisham
"Pagi ini saya berjaya melakukan 'thyroidectomy' kepada pesakit yang disahkan mengalami goiter (bengkak di leher yang disebabkan oleh kelenjar tiroid).
"Memang sungguh melegakan berada di bilik pembedahan bagi menenangkan 'withdrawal symptoms' saya selain itu dapat bertemu dengan semua kakitangan dewan pembedahan (OT)," tulis beliau pada Jumaat.
Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham memberitahu, beliau turut diberi penerangan mengenai prosedur operasi standard (SOP) untuk semua operasi yang dijalankan ke atas pesakit COVID-19.
"Setiap hari ialah pelajaran dan cabaran baharu untuk kita bersedia dengan kejadian yang buruk dan saya kagum dengan kepintaran, kekuatan dan kreativiti yang ditunjukkan petugas barisan hadapan," katanya.
Jelas beliau, ketika ini Malaysia sedang berada dalam fasa pemulihan dan menjadi tanggungjawab seluruh masyarakat untuk mematuhi SOP kerajaan.
"Rakyat dapat melakukannya dan tiada yang mustahil kerana sekarang hanya ada harapan dan cahaya di hujung terowong untuk mengakhiri transmisi COVID-19," katanya.
#Bilik pembedahan #COVID-19 #Datuk Dr Noor Hisham Abdullah #Ketua Pengarah Kesihatan #KKM #SOP #thyroidectomy