Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa generasi muda agar memelihara seni penulisan dan "dengan serius kembali kepada menulis secara sempurna".
Dr Mahathir, seorang penulis prolifik sejak zaman pelajarnya, mendapati generasi muda hari ini gemar menulis dengan menyingkatkan perkataan, menekankan kepada bunyi dan tidak pada ejaan.
"Misalnya, perkataan (Inggeris) 'for' dipendekkan kepada 4 (four) sementara 'you' kepada hanya 'u. Memang menyeronokkan kerana kamu boleh mengirim mesej panjang secara ringkas, dipadatkan kepada jumlah huruf yang sedikit.
"Tetapi bila masa berlalu, akan hilang seni penulisan yang bernilai," katanya.
"Saya harap golongan muda kembali kepada penulisan yang sempurna...Saya syorkan kita perlu menguasai seni penulisan dan seni perhubungan," kata beliau selepas melancarkan Pertandingan Penulisan dan Foto Yayasan Maybank-Yayasan Kepimpinan Perdana kedua di sini.
Dengan tema "Empowering Youth for a Better ASEAN" (Memperkasa Belia untuk ASEAN lebih Cemerlang), pertandingan itu mencabar belia Malaysia berumur antara 13 dan 21 tahun mengemukakan penyertaan esei, fiksyen dan foto-esei, dari sekarang hingga 16 Sept.
Hadiah utama pertandingan itu termasuk wang tunai USD2,500, baucer Macbooks, buku MPH serta 'E-Book Readers'.
Pemenang akan berpeluang bertemu dengan penulis serta wartawan foto terkenal di acara penyampaian hadiah pada November.
Pengarah eksekutif Yayasan Kepimpinan Perdana Tan Sri Nik Mohamed Nik Yaacob berkata tidak ada had jumlah penyertaan daripada seseorang peserta.
Penyertaan boleh dikemukakan dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.
Bagi esei, ia terbahagi kepada dua kategori. Kategori A berjudul The Most Important Leadership Lessons I Learnt in School (350-500 perkataan) untuk golongan remaja berumur antara 13 dan 17 tahun, sementara Kategori B berjudul 'Volunteering Makes Us Better Leaders (750-1,000 perkataan) untuk kumpulan berusia 18-21 tahun.
Untuk fiksyen, Kategori A (13-17 tahun) bertajuk 'Heroism' (350-500 perkataan), sementara Kategori B (18-21 tahun) bertajuk 'Courage' (750-1,000 perkataan).
Bagi foto esei dengan judul 'ASEAN Youth in Action', penyertaan ialah bagi tiga hingga lima foto untuk kategori usia 13-17 tahun dan lima ke tujuh foto untuk (18-21 tahun).
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.maybankperdanacontest.com.
Bernama
Mon Jun 01 2015
TUN M: 'Kembali kepada menulis secara sempurna' - Gambar fail
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.