Perhimpunan Agung UMNO pada Disember harus dijadikan medan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti terutama ketika Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 kelak.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata konsep kekeluargaan yang selama ini diterap di dalam parti harus diperkuat menjelang ulang tahun penubuhannya yang ke-70 tahun hadapan.
"Ia gerak kerja serta perancangan strategi untuk menawan kembali hati rakyat sebelum PRU ke-14. Ia perhimpunan yang bakal menjadi medan pengukuhan hati serta semangat setiap ahli untuk kembali bersatu.
"Ia bakal menjadi platform semua ahli menilai kembali kemampuan parti sekali gus membawa semangat pelindung UMNO sebagai pertahanan orang Melayu di negara ini," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Dalam pada itu, kata Irmohizam, Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 8 Disember ini perlu diadakan dalam suasana kekeluargaan dan menjurus kepada medan untuk pengukuhan parti.
"Kita harus menilai semula krisis politik akhir-akhir ini yang berkait rapat dengan isu kestabilan politik negara.
"Kita juga harus melihat beberapa kaedah pelaksanaan terbaik Bajet 2016 yang dibentang perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini sampai ke akar umbi," jelasnya.
Irmohizam menambah UMNO kini tidak mahu lagi dilabel beretorik dengan pelbagai program yang memberikan pandangan atau persepsi negatif pada masyarakat.
"Sebab itu jugalah saya melihat program yang dilakukan oleh Biro Latihan dan Pendidikan benar-benar memberikan erti dan makna khususnya bagi ahli UMNO yang telah mengikutinya.
"Ini antara agenda yang boleh kita fikirkan agar program pengkaderan khususnya dalam konteks generasi muda yang ada dalam negara kita ini dapat dilakukan dengan baik.
"Ini penting kerana bila UMNO berusia 70 tahun pada tahun hadapan, kita tidak hanya mahu berbangga pada pencapaian usia tersebut, namun mahu melihat masa hadapan parti UMNO yang lebih baik dan inilah yang perlu dibincangkan dalam perhimpunan kali ini," katanya.
Irmohizam turut menaruh harapan agar sayap parti terus kreatif dalam program mereka untuk memastikannya terus relevan dalam golongan sasar masing-masing.
"Ia sangat penting untuk mengukuhkan sayap parti agar tunjang tidak goyang dengan asakan pihak tertentu yang mahu memecah-belahkan UMNO.
"Kita harus melihat kekuatan sayap sebagai penahan serta pelindung UMNO daripada menjadi mangsa provokasi atau propaganda pembangkang terutamanya yang tidak akan berhenti mengucar-kacirkan situasi dalaman parti.
"Ia penting demi memastikan UMNO sentiasa relevan dan menjadi kekuatan Melayu serta negara seiring pembangunan negara," ujarnya.
Wan Syamsul Amly
Thu Nov 12 2015
IRMOHIZAM: Ia bakal menjadi platform semua ahli menilai kembali kemampuan parti sekali gus membawa semangat pelindung UMNO sebagai pertahanan orang Melayu di negara ini. -Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Industri acara perniagaan perlu tingkat kerjasama sektor awam, swasta - Irmohizam
Industri acara perniagaan secara langsung menjana lebih banyak keluaran (jualan perniagaan) daripada banyak sektor global yang besar.
Irmohizam terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat CEO Korporat - WDETS
Anugerah tersebut memberi mesej penting akan peranan ekonomi digital dalam masyarakat kini terutama selepas pandemik COVID-19.
COVID-19: Jumlah kehadiran penerima vaksin di PPV WTC KL cecah 18,000 sehari - Irmohizam
Irmohizam berkata orang ramai diminta bersabar serta mengikuti arahan dan SOP yang ditetapkan bagi melancarkan urusan pemberian vaksin.
Irmohizam muncul anak tempatan pertama dilantik Profesor Pelawat di Universiti Huaqiao
Huaqiao University ditubuhkan oleh pada tahun 1960 dan merupakan antara universiti terawal di republik itu yang menerima bilangan pelajar Malaysia yang ramai.
Irmohizam bakal wakili negara di Perhimpunan Agung WTCA di New York
Irmohizam merupakan rakyat Malaysia pertama menyandang kerusi dalam Majlis Penasihat Anggota (MAC) World Trade Centers Association (WTCA).
Manifesto BN inklusif termasuk negeri pembangkang - Irmohizam
Manifesto BN lebih mementingkan serta memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif yang besifat serius dan ikhlas.
Dakwaan Azmin Ali dalam twitter tindakan terdesak Irmohizam
Dakwaan Azmin Ali yang mendedahkan kononnya seorang menteri kanan akan meletakkan jawatan dalam catatan Twitter peribadinya pada Jumaat dilihat sebagai tindakan terdesak.