SERDANG: Sepasang kembar seiras berjaya mencapai impian menjadi doktor perubatan selepas kedua-duanya menamatkan pengajian dalam bidang berkenaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.
Menjadikan ibu mereka yang merupakan seorang jururawat sebagai sumber inspirasi, pasangan kembar berusia 25 tahun itu, Nurnadhirah Zulkifli dan adiknya, Nurnadhrah berkata mereka mengimpikan untuk menjadi doktor perubatan sejak tamat sekolah menengah lagi.
Menurut Nurnadhirah mereka berasa bangga kerana dapat menghadiahkan kejayaan lulus dalam bidang yang sering dianggap sukar itu, buat ibu bapa mereka.
"Sebagai saudara kembar, segala pahit dan manis kami lalui bersama. Alhamdulillah kami dapat berkongsi kebahagiaan ini bersama mak dan ayah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen UPM ke-46 sidang dua di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz UPM, di sini hari ini.
Beliau berkata golongan muda khususnya wanita tidak harus berasa takut untuk mengejar impian menjadi seorang doktor dan menyambung pelajaran dalam bidang itu.
"Kalau ada semangat dan minat dalam bidang perubatan, jangan takut untuk menyambung pelajaran. Sekarang ini pun kita kekurangan doktor pakar wanita, kejar impian anda," katanya.
Sementara itu, adiknya Nurnadhrah berkata ilmu yang dipelajari dalam bidang perubatan menjadikannya seorang yang lebih prihatin dan sentiasa ingin mencurah bakti kepada masyarakat.
"Saya harap dapat berbakti kepada masyarakat terutamanya kepada mereka yang pernah mencurahkan ilmu kepaa kami," katanya.
Menurutnya fokus beliau selepas ini ialah menamatkan latihan siswazah selama dua tahun sebelum meneruskan pembelajarannya menjadi seorang pakar oftalmologi iaitu pakar dalam bidang kajian anatomi mata dan penyakit berkaitan dengannya.
Nurnadhirah pula berkata beliau ingin menjadi seorang pakar klinikal dalam diagnosis, rawatan dan pencegahan pelbagai penyakit akut serta kronik.
Dua beradik kembar itu merupakan antara 5,688 graduan UPM yang menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam majlis konvokesyen berkenaan yang bemula semalam hingga 2 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2022
Nurnadhirah Zulkifli dan adiknya, Nurnadhrah berkata mereka mengimpikan untuk menjadi doktor perubatan sejak tamat sekolah menengah lagi. - BERNAMA
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Kembar seiras capai impian menjadi doktor perubatan
Sepasang kembar seiras berjaya mencapai impian menjadi doktor perubatan selepas kedua-duanya menamatkan pengajian dalam bidang berkenaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.
Pasangan kembar seiras curi tumpuan dengan gaya ekspresif di pusat mengundi
Kembar berusia 22 tahun itu memilih pakaian yang ceria untuk mengekspresikan semangat dan hasrat mereka yang pertama kali mengundi.
Kembar tertukar, miliki kad pengenalan diri baharu - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membenarkan permohonan pembetulan maklumat pada sijil kelahiran dan kad pengenalan mereka berdasarkan keputusan laporan ujian DNA.
Kembar seiras tertukar: HRPZ II teliti dokumen, kesan petugas kesihatan terlibat
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akan meneliti semua dokumen berkaitan termasuk mencari petugas kesihatan yang terlibat sebelum mengesahkan kisah tragis tiga bayi perempuan bertukar.
Tiga pasang kembar seiras curi tumpuan hari pertama sekolah
Tiga pasangan kembar seiras mencuri tumpuan pada hari pertama persekolahan di SK Silibin di Ipoh, Perak hari ini.
Taktik samun kembar seiras pakai jubah, purdah gagal
Berpurdah dan berjubah wanita. Itu modus operandi sepasang kembar lelaki seiras bagi merompak dua kedai emas di Kemaman, Terengganu.