Kementerian Kesihatan mengarahkan pengedar Tapioca Starch Pearls yang diimport dari Syarikat Wang Tai di Taiwan, menarik balik produk makanan tersebut dari pasaran negara ini dan melupuskannya kerana mengandungi Asid Malik (Maleic Acid).
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu, Noraini Mohd Othman berkata sehingga kini, sebanyak 66 sampel produk makanan yang merangkumi tapioca balls atau tapioca pearls, mi dan mihun kering dan tapioca starch yang diambil di pasaran tempatan telah dianalisis.
Beliau berkata keputusan analisis menunjukkan 65 sampel didapati tidak mengandungi asid tersebut.
"Walaubagaimanapun, pengguna yang telah memakan produk tersebut sebelum ini tidak perlu bimbang kerana pengambilan Asid Malik sekali sekala pada paras rendah tidak memudaratkan kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini.
Tapioca Starch Pearls biasanya digunakan sebagai makanan dalam minuman.
Dengan perkembangan itu, jumlah produk makanan yang digantung pengimportan oleh kementerian itu kini berjumlah 16 produk.
Katanya kementerian memantau rapi produk makanan diimport dari Taiwan yang berada di pasaran tempatan dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dengan menghubungi 03-888 33652 atau 03-888 33653 atau melayari laman web kementerian.
Bernama
Sat Jun 08 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kementerian arah tarik balik Tapioca Starch Pearls
Kementerian Kesihatan mengarahkan pengedar Tapioca Starch Pearls yang diimport dari Syarikat Wang Tai di Taiwan menarik balik produk makanan tersebut dari pasaran negara ini.